Thursday, March 18, 2010

Sultan S'gor Tak Hadir AGM PERKASA. -SU/Sulit Sultan


Sultan Sharafuddin Idris Shah -Kanan.

MAC18,20: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak akan berangkat menghadiri majlis perasmian mesyuarat agung tahunan (AGM) Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) pada 27 Mac ini.

Menurut Bernama, setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Banir berkata pembatalan itu bagi mengelakkan salah tanggapan dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang.

Pada asalnya baginda telah berkenan berangkat dan menyampaikan titah perasmian selepas mengambil kira perjuangan PERKASA yang mempertahankan institusi raja, hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta kemuliaan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Baginda bercadang untuk menasihatkan Perkasa agar tidak terlalu ekstrem dan tidak terlalu perkauman dan harus berusaha mencapai objektif menerusi saluran dan undang-undang sedia ada, katanya pada sidang media, di Shah Alam hari ini.

Namun kata Mohamad Munir, selepas mengambil kira nasihat beberapa anggota dewan Diraja Selangor, Sultan Sharafuddin membatalkan hasrat kerana berpandangan walaupun Perkasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi ia diterajui seorang ahli politik.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Eloklah.. Perjuangan asobiah sudah ketinggalan zaman sekarang ini. PERKASA perlu tambah semangat 'm'nya. Maka jadilah 'Perkasam'. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails