Thursday, March 04, 2010

Tolak Kolum Marina Mahathir, Wajar!

RENCANA kolumnis popular dan juga aktivis sosial, Datuk Marina Mahathir menerusi ruangan 'Musings' yang dijadual disiarkan di akhbar harian berbahasa Inggeris, The Star hari ini telah ditolak.

Marina (kanan) menjelaskan dalam blognya, keputusan The Star itu berikutan kekhuatiran tindakan lebih drastik diambil terhadap mereka oleh Kementerian Dalam Negeri kerana menyentuh isu-isu yang dianggap sensitif.

Katanya, “The Star enggan mencetak artikel itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan selepas apa yang terjadi kepada editor urusannya, P Gunasegaram berhubung sebuah rencana yang menyebabkan mereka diberi surat tunjuk sebab.”

“Mereka tidak mahu lagi sebarang rencana sensitif yang boleh menyebabkan permit KDN mereka tergugat,” kata Marina.

Rencana yang ditolak oleh The Star itu disiarkan Marina dalam blognya. Ia menyentuh isu sebatan syarie dan undang-undang syariah di Malaysia. Kedua-dua isu itu juga disentuh oleh Gunasegaram dalam rencananya yang dianggap sensitif.

Marina melahirkan kekecewaannya tetapi berikrar akan terus mengutarakan pandangannya serta meluahkan pendapat menerusi media internet. Beliau juga mengkritik Akta Mesin Cetak dan penerbitan serta keperluan memperbaharui permit setiap tahun yang menghantui kebanyakan akhbar. (Sumber: Malaysiakini dll/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tolak kolum Marina Mahathir adalah wajar, kerana tidak layak orang yang tidak mengamalkan asas Islam sepenuhnya dan menentang perjuangan Islam bercakap fasal Islam. Tulisannya tambah mengelirukan orang ramai. Apalagi bila dikatakan dia terlibat dengan SIS yang ada kaitan dengan Islam Liberal (sebenarnya bukan liberal tetapi sesat).

3 comments:

Anonymous said...

Aurat pun tak tutup, macamana nak berbicara tentang Islam ni kak ooii.

mr edz said...

kasihan... semoga Allah memberikan hidayah padanya

Nizam Mahmud said...

Saya sedang memikirkan kewajaran yang disebutkan oleh artikel tuan.

Tetapi ini bukan bermakna saya bersetuju dengan pandangan dan pendirian Marina.

Dengan izin, tuan menyebut "Tolak kolum Marina Mahathir adalah wajar, kerana tidak layak orang yang tidak mengamalkan asas Islam sepenuhnya dan menentang perjuangan Islam bercakap fasal Islam."

Jika ini adalah kayu ukuran nya, maka kita tidak layak bercakap mengenai Kristian ataupun mengkritik agama Kristian. Ataupun kita tidak layak mengkritik sistem kapitalis atau sosialis. Malah kita tidak layak mengkritik Yahudi sekalipun.

Alasannya mudah "kita bukannya mengamalkan asas Kristian/Kapitalis/Sosialis/Yahudi"

Tetapi hadith dan malah ayat al-Quran sendiri pun ada kritikan terhadap Yahudi dan Nasrani. Malah secara terbuka penceramah kita berceramah mengenai sesatnya agama-agama lain dari Islam.

Apakah untuk mengkritik Sekularisme sebagai contohnya, hanya boleh dilakukan oleh sekularis saja?

Saya rasa kita kena menjawab persoalan ini. Sebab nya adalah kita kena berhati-hati mencari alasan untuk memadamkan suara-suara yang berlainan, sebabnya ditakuti pula alasan yang sama digunakan ke atas kita juga.

Sekadar pandangan saya. Wallahualam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails