Thursday, March 18, 2010

'Word of Islam', Awasi Buku Ini Jangan Masuk M'sia.


BLOG Ibnu Hasyim mencadangkan kepada pihak bertanggungjawab mengenai buku-buku Islam yang akan dibawa masuk ke nagara ini, supaya menyiasat buku yang berjudul 'Word of Islam', kerana dilaporkan isinya adalah berunsur anti Islam.

Blog Ibnu Hasyim diberitahu, sebuah organisasi Muslim di AS, 'Council on American-Islamic Relation' atau CAIR cawangan Pennsylvania akan melakukan kempen besar-besaran hingga ke peringkat nasional untuk menolak buku bersiri untuik pelajar-pelajar yang isinya adalah anti-Islam.

Menurut CAIR yang berpusat di Washington, buku ini terdiri dari 10 siri yang mengajar fitnah 'permusuhan terhadap Islam serta sikap curiga terhadap kaum Muslimin.' Buku yang diberi judul 'Word of Islam' itu dibuat khas bagi pelajar-pelajar sekolah menengah dan menengah atas. Diterbitkan oleh Mason Crest Publisher dengan kerjasama lembaga think-tank sayap kiri di AS, Foreign Policy Research Institute. Kedua lembaga itu berpusat di Philadelphia.

CAIR sudah menerima banyak keluhan dari siswa-siswa tentang buku tersebut. "Keseluruhan tema dari buku-buku itu menyatakan bahawa kaum Muslimin adalah kaum yang sukakan kekerasan, Islam adalah agama kelas dua dan setiap orang mesti waspada terhadap kehadiran orang Islam di tengah masyarakat," menurut Pengarah Hak Sivil CAIR Pennsylvania, Moein Khawaja.

"Kerana isinya yang bias terhadap Islam dan Muslim, pelajar yang membaca buku ini dikhuatiri tidak mampu menghindari dari merasa benci terhadap Islam dan akan mencurigai umat Islam," sambungnya.

Khawaja memberi contoh, salah satu siri buku 'Word of Islam' mendakwa umat Islam mulai berhijrah ke AS bertujuan untuk mengubah masyarakat Amerika, dan kadang melalui kegiatan pengganas atau terorisme. Dalam siri lainnya, terdapat gambar seorang kanak perempuan Muslim berusia 7 tahun, pakai hijab, tepat berada di bawah tajuk besar 'Ancaman-ancaman Keamanan'.

Antara sumber bahan rujukan penerbit buku itu, ialah Daniel Pipes. Pipes, menurut warga Islam di situ pernah menjadi pengarah Foreign Policy Research Institute yang dikenal sebagai 'tokoh nasional yang Islamofobia'. Satu lagi sumbernya ialah aktivis Ayaan Hirsi Ali yang meski Muslim tetapi terkenal sebagai 'tokoh anti-Islam'.

Jadi pihak berwajib di Malaysia perlu membuat penyaisatan segera, dan jika perlu ditahan dari masuk ke negara ini. Wallahu 'aklam.

Dari Editor.

Ibnu Hasyim
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
18 Mac,1o
KL

3 comments:

  1. Asalamualaikum,
    Terima Kasih kerana menyampaikan maklumat ini.
    AAyan Hirsi Ali aka Hirsi Magan adalah pelarain Somalia yang memburukkan Islam di Belanda.
    Lebih menarik, terdapat banyak maklumat darinya yang merupakan penipuan semasa memohon menjadi rakyat Belanda atas dasar pelarian perang.
    Kini, di Amerika Syarikat dia menjadi anjing kepada pertubuhan anti Islam.
    Dia tidak akan rasa selamat di Philadelphia yang penuh dengan bangsa Somalia sendiri.
    Dia akan terus menjadi pelarian yang tidak akan selesa tidur di malam mahupun siang hari.

    ReplyDelete
  2. yes aryan hirsi ali telah dihalau keluar dari belanda , kerajaan belanda dah tak sanggup nak membiayai dia , kerana terlalu mahal dan juga kerajaan belanda dah tak percaya lagi sebab dia banyak menipu....pernah dia bekerjasama dengan pengarah belanda dalam membuat satu filem memburukkan islam sehinggakan mati pengarah(theo van googh) tu kena tembak dengan orang moroccon islam yg tinggal di belanda....kini hidup aryan hirsi ali didalam ketakutan yg tidak terjamin yg kononnya bakal terjamin dari american government.....

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah t.kasih dengan maklumat di atas. semoga bermanfaat bersama.

    ReplyDelete