Saturday, April 10, 2010

350,000 Tinggalkan M'sia Kerana UMNO/BN?

Kisah Benar: Mengapa saya tinggalkan Malaysia?

SITUASI modal insan di Malaysia tidak bertambah baik kerana negara kehilangan tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk memacu pertumbuhan di masa depan. Banyak tenaga kerja mahir Malaysia meninggalkan negara untuk mencari peluang lebih baik di negara lain dan menurut anggaran Kementerian Sumber Manusia pada 2008 - kira-kira 350,000 dewasa Malaysia bekerja di luar negara.

Lebih separuh daripada mereka lulusan institusi pengajian tinggi. Sebagai reaksi terhadap Model Ekonomi Baru yang memfokus untuk membawa balik bakat-bakat negara itu kembali ke negara, Malaysiakini meninjau pandangan golongan itu untuk mengenal-pasti punca mereka meninggalkan negara. Berikut luahan mereka. Kami juga ingin mendengar cerita anda. Emailkannya kepada editor@malaysiakini.com atau bahasa-editor@malaysiakini.com

Farid Tan, 53, presiden dan CEO, Metro City Bank, Atlanta, Georgia. Meninggalkan Malaysia dengan keluarganya pada 1993.

Ketika itu saya berkerja dengan Bank Bumiputera dan ditukarkan ke pejabat di New York untuk selama enam tahun. Selepas itu, saya menimbangkan untuk pulang pada 1999 tetapi ketika itu berlakunya krisis Ekonomi Asia dan keadaan menjadi tidak menentu. Tetapi jika diimbas kembali, jika tiada krisis sekalipun, saya tidak fikir saya akan kembali ke Malaysia kerana demi pendidikan anak-anak.

Selain itu, saya juga mempunyai pekerjaan di sana. Lebih banyak peluang di Amerika. Saya tidakpun memiliki ijazah tetapi boleh bersama sekumpulan pelabur, memohon lesen untuk membuka sebuah bank. Saya tidak akan dapat peluang sedemikian di Malaysia. Di Amerika, jika segala peraturan dipatuhi, tiada sesiapa yang boleh berkata 'Tidak' kepada anda. Tiada karenah birokasi ataupun keperluan pertalian politik.


Edlina Razak, 34, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Shanghai, China. Berhijrah sebagai pelajar sejak 1993 dan pernah tinggal di Perancis dan Hong Kong.


Saya tidak akan kembali, setidak-tidaknya dalam tempoh terdekat ini. Keputusan saya ke luar negara kerana saya tidak yakin dengan universiti tempatan dan pada masa yang sama ketika berusia 17 tahun saya mahu kebebasan daripada keluarga dan masyarakat. Saya masih ingat pada satu malam semasa keluar dengan rakan-rakan, di negara ini, kami ditahan polis.

Mereka mengancam untuk melaporkan kepada ibu bapa kami yang kami keluar sehingga larut malam yang secara tidak langsung polis sebenarnya cuba mendapatkan sogokan. Saya tidak akan kembali walaupun ditawarkan gaji yang lebih tinggi di Malaysia kerana berpendapat hidup lebih bagus di luar negara sekalipun jika gajinya kecil.

Isabel Lee (nama ditukar atas permintaannya), 26, Peguam, Singapura. Menuntut dan bekerja di luar negara sejak 2004.


Saya memilih untuk tinggal di Singapura kerana ia adalah hab perniagaan dan kewangan. Jumlah kerja serta kualiti projek berskala besar yang kami dapat memberi saya pengalaman yang tidak ternilai yang tidak boleh didapati di Malaysia. Saya tidak fikir rakyat Malaysia begitu progresif dan mereka tidak begitu agresif kerana sebegitu selesa. Saya mahu persekitaran yang saya boleh memperbaiki diri saya dan juga cabaran.


Jacqueline George, Akauntan, 26, Brisbane, Australia. Berpindah pada 2006 untuk melanjutkan pelajaran dan kembali seketika di Malaysia selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk terus menetap di Australia.


Saya percaya bahawa setiap generasi mesti berupaya menjadi lebih baik daripada generasi sebelum mereka. Keturunan saya berasal dari India dan mereka bekerja keras untuk mengubah hidup kami. Saya berpendapat jika saya terus tinggal di Malaysia, paling tinggi saya cuma boleh berjaya seperti apa yang dicapai oleh ibu bapa saya. Tetapi jika semua aspek diambil kira, punca meninggalkan negara adalah kerana tidak gembira dengan gaji yang ditawarkan, cara hidup, keselamatan dan sebagainya.


Khoo Gaik Cheng, 41, Pensyarah di Universiti Kebangsaan Australia, Canberra, Australia. Menuntut dan bekerja di Amerika Syarikat, Kanada, Singapura dan Australia sejak 1990.


Tidak seperti di Malaysia, kaum minoriti di Australia dihargai. Saya tidak akan kembali selagi tidak berlaku perubahaan kepada sistem di negara ini. Bercakap secara khusus mengenai akademik, saya mahu melihat pemikir yang progresif, mereka yang cekap, tidak mengamalkan rasuah, berwawasan, mengetuai pelbagai jabatan di universiti sebagai dekan dan naib canselor. Saya tidak mahu melihat orang yang dilantik oleh Umno atau BN mengisi jawatan penting di universiti yang hanya menjaga kepentingan parti dan bukannya universiti ataupun rakyat Malaysia.

Komen Blog Ibnu Hasyim: 350,000 (2008) orang dewasa di negara ini, tiinggalkan negara. Perlu dibuat kajian, mengapa dan salah siapa? UMNO/BNkah? (AK)

9 comments:

  1. Salam,

    di Balik Pulau juga kadar ini makin meningkat tetapi majoritinya bangsa cina. Anak muda bangsa cina di kuala jalan bharu yg berkelulusan tinggi hampir 70% berada di luar negara. Paling dekat di Singapura dan selebihnya di England, Australia dan China.

    Bangsa Melayu pula kalau ikut pengalaman kawan-2 saya..ramainya kerja di luar negara di bidang oil and gas...Habih kontrak depa sambung pula kontrak di negara lain..dok negara orang peluang banyak..lebih mudah memulakan bisnes kerana perniagaan umat Islam khususnya di negara Islam amat disokong oleh pembeli/pengguna Islam setempat. Di Malaysia khususnya..rakyat Islam masih gemar berbelanja di kedai-2 runcit bukan Islam dan bengkel-2 bukan Islam..Nak beli kereta pun suka beli di ejen kereta bukan Islam...

    Kalau diamati sebabnya:
    bangsa cina di Malaysia mungkin tidak gemar akan kesempitan pasaran kerana Malaysia ini pasarannya kecil..berbanding pasaran di negara yg lebih maju. Bangsa Melayu pula kerana tiada tempat sebaiknya untuk berjaya di negara sendiri berbanding di negara luar. Nak kerja kerajaan kena guna kabel..Nak kerja swasta kena berbahasa Mandarin..kalau pergi ke Saudi, Emiriyah, Jordan, Kuwait dan Iraq...peluang lebih terbuka....dan gaji lebih lumayan

    ReplyDelete
  2. T. kasih saudaraku. Baik kmen anda.

    ReplyDelete
  3. I've read some good stuff here. Definitely price bookmarking for revisiting. I wonder how much attempt you set to create one of these excellent informative web site.
    Here is my page quick loans

    ReplyDelete
  4. My bгothеr ѕuggested I might like this web ѕite.
    Не wаs totally right. Thiѕ post actuаlly maԁe
    mу day. Yοu cаnn't imagine simply how much time I had spent for this info! Thanks!
    Also visit my homepage :: click here

    ReplyDelete
  5. I am reallу thаnkful to the holder οf this wеbѕite who haѕ ѕhareԁ this
    wonderful paragraph аt at this ρlace.
    Take a look at my web site - payday loans uk

    ReplyDelete
  6. Ι always ѕpent my half an hour to read thіs ωеbsite's posts every day along with a mug of coffee.
    Also visit my web blog same day loans

    ReplyDelete
  7. Hey! Thiѕ is my 1st comment here so І just wаnted to giνе a quick shout
    оut and tell you I reаlly enjoy гeаding through youг posts.
    Can you suggеst any othеr blogs/websites/forums that deal with the same toρics?

    Appгeciate it!
    Here is my website ; payday loan

    ReplyDelete
  8. Εхcellent poѕt. I ωas checking continuously this blog and I'm impressed! Extremely useful information specifically the last part :) I care for such info much. I was seeking this particular information for a very long time. Thank you and best of luck.
    My blog ... payday uk

    ReplyDelete
  9. Heyа i am foг the first tіme here.
    I came аcross thіѕ boarԁ and I finԁ It truly
    useful & іt helρed mе out much.
    I hope to giѵe sоmething bаck and
    help οthers like уοu aіԁеd mе.
    My page: 12 month loans

    ReplyDelete