Sunday, April 11, 2010

40 Ke Bawah Tiada Rumah, Cari Punca & Atasi

TEMERLOH, 11 April — Kebanyakan belia berusia 40 tahun ke bawah di negara ini didapati tidak memiliki rumah, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini. Justeru kata beliau, satu kajian komprehensif perlu dilakukan bagi mengenal pasti puncanya agar kerajaan boleh merangka strategi untuk mengubah keadaan itu.

“Kajian itu harus meneliti maklumat seperti bilangan sebenar golongan terbabit yang berusia antara 24 dan 40 tahun yang bekerja dan tidak bekerja serta tidak memiliki rumah,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang meminta Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melaksanakan kajian itu berkata ianya harus dilakukan pada kadar segera bagi membantu kerajaan mengatasi masalah perumahan pada kalangan muda. Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Temerloh turut menggesa semua pihak yang terlibat dalam sektor itu agar memainkan peranan masing-masing bagi menangai masalah tersebut.

“Setiap entiti ini perlu ada pemikiran baru tentang konsep perumahan untuk semua dan tidak hanya memoptimumkan keuntungan sahaja,” katanya yang sebelum itu mengadakan perjumpaan dengan golongan belia dan beliawanis daerah Temerloh di sini. — Bernama.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Masih ada ke, keluarga yang tidak ada rumah sendiri? Dalam Islam, sara hidup, termasuk makan minum, tempat tinggal, pembelanjaran dan lain-lain adalah keperluan yang wajib. Kalau individu tak mampu selesaikan, tugas tersebut termasuk dalam tugas kerajaan Islam dan masyarakat.

No comments:

Post a Comment