Sunday, April 04, 2010

AS, Garu Kepala Di Afghan..


AHAD April 04, 10: Apa lagi yang boleh tentara AS buat di Afghanistan? Leftenan Kolonel Brian Natal menemui rakyat Afghanistan. Komandan Marinir AS di Marjah Utara itu nampaknya ingin mencari cara lain.

Suatu masa ketika dikelilingi oleh sekitar 20 orang penduduk awam, Natal berkata, "Ada Taliban di antara kamu semua? Mungkin tengah duduk di sini sekarang. Tidak semua Taliban itu jahat, tetapi sekarang Taliban kena letakkan senjata kamu."

"Terserah kamu hendak putuskan apa yang kamu nak.." kata Natal lagi.

AS kini tawarkan bantuan yang sangat sederhana kepada masyarakat miskin dan di kampung terpencil.. Telaga, sekolah dan masjid. Satu lagi, kad pengenalan. Akhirnya pertemuan itu diakhiri dengan sebuah doa. Semua orang, termasuk tentera itu, tunduk kepala dan angkat tepak tangan ke atas.

Tidak jauh dari situ, sebuah ledakan menggoncang. Orang-orang Afghanistan berdiri, dan tinggalkan kerumunan itu begitu saja, belah! Tawaran seperti itu sudah didengar mereka sejak lama, tak ada apa. Jikapun benar, rakyat Afghanistan takkan rela tukarkan tanah airnya dengan apapun jua.

Leftenan Kolonel itu boleh gara-garu kepala sahaja. (Pelbagai sumber/AK)

Sila hibur, hibur sikit..

Sila lihat Catatan Perjalanan di Iran, Dubai dll..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails