Beliau dikatakan memperoleh kira-kira 1,725 undi menewaskan calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Zaid Ibrahim. Kamalananthan terima sebanyak 24,997 unid, manakala Zaid terima 23,272 undi.
Ketika keputusan diumumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di dewan kompleks sukan di Kuala Kubu Baru di sini. Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pilihan Raya kira-kira 9:15 malam tadi.
Walaupun BN menang dengan 1,683 undi, tetapi ia jauh lebih kecil daripada kira-kira 6,000 yang disasarkan oleh Muhyiddin. Di peringkat awal perjumlahan rasmi undi, Zaid mendahului Kamalanathan ketika 100 daripada 137 peti undi diumumkan.
Kemudian Zaid depan dengan majority kira-kira 1,500 undi. Bagaimanapun, Kamalanathan mengatasi kedudukan apabila peti-peti undi dari kawasan Felda diumumkan. Dalam pilihanraya 2008, PKR menang dengan majoriti 198 undi. (The Malaysian Insider)
Laporan lanjutnya, menurut Malaysiakini......9.27pm: Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di Stadium Kuala Kubu Bahru. Ia dihadiri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang, ahli parlimen Batu Tian Chua dan ahli parlimen Gombak Azmin Ali serta kira-kira 300 penyokong PKR
"Ini bukan kali pertama kita kalah. Kekalahan ini tidak akan mematahkan semangat kita. PKR pernah kalah teruk sehingga tinggal satu kerusi sahaja. Kita akan terus berjuang," kata Tian Chua.
9.20pm: Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Undi rosak 731. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan pada jam 9.20 malam.
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu tiba ketika Nur Hisham sedang membuat pengumuman keputusan pilihan raya kecil tersebut.
9.10pm: Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.
9.05pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pusat penjumlahan undi, untuk menunggu keputusan rasmi diumumkan.
Ketibaan beliau disambut dengan laungan 'Hidup BN' serta ucapan tahniah.
8.37pm: Timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel dan setiausaha agung PKR yang juga menteri sumber manusia, Datuk Dr S Subramaniam turut berada di pusat penjumlahan undi. Turut kelihatan ialah naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
8.30pm: Calon BN, P Kamalanathan tiba di pusat penjumlahan undi, dengan ditemani oleh isterinya.
8.20pm: Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pusat pengiraan undi sambil tersenyum lebar.
8.150pm: Beberapa pemimpin BN, termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengucap tahniah kepada calon BN Kamalanathan melalui blog mereka.
Sehingga ini, dalam 10 sepuluh pilihan raya kecil selepas 2008, Pakatan Rakyat kalah di tiga kawasan - DUN Batang Ai (Sarawak), DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan parlimen Hulu Selangor.
Dan ini merupakan kekalahan pertama Pakatan di negeri yang dikuasainya.
Dengan ini juga, PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen dan kini tinggalkan25 kerusi.
MIC pula menambah satu lagi kerusi parlimen menjadi tiga sekarang, selain Segamat (Datuk Dr S Subramanian) dan Cameron Highlands (SK Devamany).
Keputusan itu juga menunjukkan bahawa BN telah berjaya memperolehi semula sokongan pengundi, yang enggan mengundi Datuk G Palanivel pada 2008.
BN memperolehi majoriti terkumpul 6,000 bagi tiga DUN dalam parlimen Hulu Selangor, yang dimenanginya pada 2008. Bagaimanapun ia kalah kerusi parlimen kepada PKR dengan majoriti 198 undi.
8.12pm: Undi untuk calon BN meningkatkan kepada 24,669 undi selepas lebih banyak peti undi dikira. Calon PKR pula kini memperolehi 22,986 undi. Majoriti BN ialah 1,683 undi.Undi yang diperolehi calon BN dijangka bertambah apabila kesemua peti dari kawasan majoriti pengundi Melayu selesai dikira.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan juga sedang dalam perjalanan ke tempat pengiraan undi di dewan serbaguna Komplek Sukan, Pejabat Daerah Hulu Selangor.
8.07pm: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan dalam perjalanan ke pusat penjumlahan undi. Ini dilihat sebagai petanda bahawa BN menuju kemenangan.8.05pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon BN terus menambah undi kepada 22,395 undi, manakala PKR memperolehi 2,0815 undi.
7.50pm: Sumber-sumber BN mendakwa calon BN P Kamalanathan memang pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor dengan majoriti kira-kira 1,500 undi.
Difahamkan, sehingga ini, Kamalanathan mendapat 21,919 undi, manakala PKR mendapat 20,305 undi.
Secara tidak rasmi, difahamkan kepimpinan PKR menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
7.36pm: Sumber-sumber BN mendakwa mereka mendahului dengan sebanyak 3,000 hingga 4,000 undi.BN - 19,067
PKR - 17,554
Majoriti - 1,513
Keputusan rasmi SPR (7.41pm)
PKR - 4,082
BN - 3,398
Majoriti - 497
PKR - 3,153
BN - 2,888
Majoriti - 234
Keputusan rasmi SPR (7.20pm)
PKR - 2,722
BN - 2,468
Majoriti - 258
7.15pm: Ulasan
Kemenangan awal menunjukkan PKR memang dua pertiga undi daripada kawasan majoriti pengundi Cina - di bawah 85 peratus yang menurut pemimpin PKR, Lim Kit Siang, perlu diperolehi calon PKR.
PKR dijangka kalah besar di gugusan Felda yang majoriti pengundinya adalah Melayu.
Keputusan rasmi SPR
PKR - 2,173
BN - 1,934
Majorii - 239
7.128pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 9,133
BN - 7,261
Majoriti - 1,872
Kira-kira 33 peratus undi telah dikira
7.08pm: Keputusan tidak rasmiPKR - 8,557
BN - 7,116
Majoriti - 1,639
7pm: Ulasan
Undi di sebahagian besar kawasan majoriti pengundi Cina telah dikira, dengan PKR mendahului dengan 1,226 undi. Kira-kira 30 peratus telah dikira.
Pengiraan undi dari kawasan majoriti Melayu belum diperolehi. PKR difahamkan tidak dapat banyak undi dari kawasan berkenaan.
6.58pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 7,770
BN - 6,504
Majoriti - 1,266
6.57pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 7,410
BN - 6,339
Majoriti - 1,071
6.54pm: Keputusan tidak rasmi
PKR -7,053
BN - 6,010
Majoriti - 1,034
6.45pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 6,389
BN - 5,385
Majoriti - 1,004
Kira-kira 11,674 undi, atau 25 peratus, telah dikira.
6.43pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 5,596
BN - 5,041
Majoriti - 555
6.41pm: Keputusan tidak rasmi
PKR - 4,204
BN - 3,592
Majoriti -612
6.34pm: Keputusan tidak rasmi
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56
Tidak rasmi - PKR 666, BN 206
6.29pm: Unofficial results (PKR 2,972, BN 2,259)
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205
Tidak rasmi - PKR 897, BN 499
6.23pm: Keputusan tidak rasmi
Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172
Tidak rasmi - PKR 901, BN 798
Kg Baru Batang Kali (kawasan Cina), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172
Tidak rasmi - PKR 901, BN 798
6.18pm: Keputusan tidak rasmi
Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 - PKR 62, BN 176
Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 - PKR 98, BN 128
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122
Tidak rasmi - PKR 729, BN 501
6.13pm: Keputusan tidak rasmi
Kuala Kalumpang, saluran 1 - PKR 98, BN 128
Ulu Yam Barat, saluran 1 - PKR 171, BN 94
Kg Bharu Kerling, saluran 1 - PKR 172, BN 83
Pertak Bukit Fraser - PKR 22, BN 15
Pertak, saluran 2 - PKR 18, BN 98
Ampang Pecah, saluran 1 - PKR 105, BN 155
Tidak rasmi - PKR 491, BN 445
6.10pm: Proses pengiraan undi sudah bermula. Menurut keputusan tidak rasmi, BN menang undi pos.
BN: 767
PKR: 120
(AK)
2 comments:
Pejuang kebenaran terus lawan..smpai mati, amin.
Menang pakai undi cina la... nin baru betul melayu bodoh!
Post a Comment