
APR 28, 10: Seorang lagi penerbit televisyen - kali ini daripada TV2, RTM mendakwa campur tangan politik dalam penerbitan dokumentarinya berhubung laporan empangan Bakun.
![]() |
Dalam rencana di blognya, penerbit dokumentari itu, Chou Z Lam, mendedahkan rancangan itu diarah tidak disiarkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya. "Pengarah berita RTM, Datuk Jumaat Engson berkata dokumentari itu ditarik balik kerana ia mempunyai elemen yang sensitif yang mungkin memudaratkan BN pada pilihan raya kecil Sibu akan datang dan juga pilihan raya negeri Sarawak,” kata Chou.
Chou se
![]() |
Dua episod pertama bermula Isnin lalu. 'Rakyat didahulukan' atau 'politik didahulukan'? Episod seterusnya yang dijadualkan hari ini yang memaparkan impak sosial pembinaan empangan Bakun di kawasan pribumi di Belaga yang terpaksa dipindahkan ke Sungai Asap dan Sungai Koyan pada tahun 1998 dihentikan. "Ini adalah contoh campur tangan kerajaan dalam berita semasa dan selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor,” kata Chou.
"Saya amat bersimpati dengan penduduk di Sungai Asap yang telah saya wawancara berhubung masalah yang mereka utarakan tidak dapat dikongsi bersama majoriti rakyat di timur dan juga barat Malaysia,” katanya.
Chou berkata tindakan itu amat bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menekankan kepentingan rakyat didahulukan. "Jika pilihan raya kecil Sibu dan pilihan raya Sarawak adalah punca dokumentari itu ditarik balik, RTM sebenarnya melaksanakan 'politik didahulukan',” katanya.
Chou berkata beliau cuba membawa perkara itu ke perhatian timbalan menteri, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Heng Sai Kee agar beliau dapat membantu membatlkan arahan berkenaan.
![]() |
Sebelum iini...
- Penerbit ntv7 Letak Jawatan, Campurtangan Isteri PM?
- Wong Ho Leng DAP, Lwn Robert Lau Hui Yew BN, Di Sibu
- PRK Sibu: 16 Mei undi, 8 Mei penamaan calon
- Pilihanraya Kecil Sarawak P212 Sibu.
- Tubuh cawangan PAS Di Perkampungan Sarawak..
- Wajah Tok Guru Halang Calun PAS Dibeli..
No comments:
Post a Comment