Sunday, April 04, 2010

Dapat Balak Kena Derma, Nik Aziz Nafi Blog Kedai Kopi.

KOTA BHARU. APRIL 04, 10: KOTA BAHARU, 4 April — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini menafikan kerajaan negeri mengenakan syarat bagi setiap syarikat yang ingin mendapatkan konsesi balak mesti menghulurkan derma kepada kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

“Bukan menjadi dasar kerajaan meminta mana-mana syarikat yang mendapat konsesi balak menghulurkan derma atau bantuan kepada kerajaan negeri. Ini tak ada dalam pengetahuan saya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum itu beliau menyempurnakan upacara pelepasan konvoi 1,300 motosikal berkuasa tinggi di perkarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah blog Kickdefella yang menyebut kononnya setiap pihak yang memohon kawasan balak dan segala derma yang dijanjikan akan dimaklumkan di dalam mesyuarat exco.

Ini termasuk modus operandi bagi permohonan tanah hutan untuk tujuan perladangan.

Bagaimanapun, beliau turut menempelak penulis blog terbabit yang cuba menimbulkan isu itu sambil melahirkan perasaan dukacitanya dengan sikap penulis blog yang menulis sesuka hati dan bukan menyebarkan ilmu pengetahuan.

Sebelum ini, Nik Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perhutanan Negeri menyifatkan penulis blog sebagai kedai kopi bergerak yang membincangkan perkara-perkara sama ada untuk kebaikan dan keburukan sesuatu pihak.

Mengenai majlis berkenaan, Nik Abdul Aziz menyifatkan konvoi bermotosikal bukan saja sebagai riadah tetapi boleh menyampaikan mesej perjuangan Islam kepada masyarakat umum.

Menurutnya, program jelajah atau konvoi bermotosikal berkuasa tinggi ini bukan saja boleh memberi kebaikan dari segi kesihatan dan kegiatan pelancongan, tetapi mampu menyampaikan mesej bahawa Islam bukan seperti mana yang dimomokkan oleh pihak tertentu. — Bernama (AK)

8 comments:

Mamat Drebar said...

TGNA main wayang je tu Pak Hasyim oiiii

sam said...

Tuan,
mengapa petikan berita dari blog tuan berbeza dr petikan dlm blog kickdafella.. walaupun nampak hampir sama tapi sikitt berbeza!
contoh, petikan tuan penulis blog terbabit spesifik! tetapi bebeza dgn petikan kickdafella! 'penulis blog' umum! saya pikir ada spinning gasing disini..

dr blog Kickdafella: Nik Aziz berbohong!

Penulis blog ini kadang-kadang menulis sesuka hati, bukannya untuk memberi ilmu pengetahuan kepada pembaca. Saya sangat dukacita (dengan penulis blog) menggunakan pensil (penulisan) blog menyebarkan fahaman sendiri, tidak menambah ilmu.

“Saya tak suka sebut benda-benda begitu (dakwaan mengenai komisyen atau sumbangan kepada Pas) tetapi benda ini tidak ada dalam pengetahuan saya,” katanya.

sam said...

nampaknya dafella cuba beritahu Nik Aziz memusuhi penulis-penulis blog..
betulkah begitu??

Ibnu Hasyim said...

Terima kasih sumbangan pandangan dari tuan-tuan.

Saya cuma salin berita di atas dari sebuah blog yang mengambilnya dari sumber BERNAMA. Pada saya itulah berita terbaru sebelum berita-berita lain.

Lepas itu di jawab olen blog Kickdafella seperti yang disebut oleh SAM. Dan baru disiarkan oleh blog-blog lain termasuk Harakah.

Tuan-tuan boleh nilai sendiri..
Lihat..
http://kickdefella.wordpress.com/2010/04/04/3497/

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25865:tiada-syarat-syarikat-ingin-dapat-konsesi-balak&catid=1:utama&Itemid=50

Tuan-tuan berhak menilainya. Pada saya, saya tidak memutarbelitkan atau melaga-lagakan antara Tok Guru dengan penulis blog. Anda berhak menilai seperti juga saya berhak menafikan tuduhan, kalau betul tuduhan itu tertuju kepada saya.

Walaupun begitu jika saya tersalah tolong betulkan. Teringat saya sewaktu Umar Al-Khattab mula dilantik menjadi Khalifah Islam, seseorag bangun ingin membetulnya, kalau perlu dengan pedang.

Umar tidak marah, dengan menuduh atau mendakwanya macam-macam. Bahkan Umar bersyukur, masih ada orang sanggup mengislahnya. Alhamdulillah.

Alhamdulillah juga saya ucapkan kepada tuan.

As-salamu alaikum. Selamat bermuqaddimah dalam perbincangan dan perkenalan.

Zaini Abdullah said...

Steady Pk asim.

Sam tak tuduh Pak asim melaga-laga. Tetapi meminta pengesahan Pak asim dafella cuba beritahu Nik Aziz memusuhi penulis-penulis blog..

Pak Asim jwb cantik. Pak asim tak buat kerja macam tu. Tapi bagi contoh dalam Islam, kritik-mengkritik membina dalam pentadbiran Islam biasa..

jadi no problem!

ahmed said...

Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah blog Kickdefella yang menyebut kononnya setiap pihak yang memohon kawasan balak dan segala derma yang dijanjikan akan dimaklumkan di dalam mesyuarat exco

ali said...

Sam tak tuduh Pak asim melaga-laga. Tetapi meminta pengesahan Pak asim dafella cuba beritahu Nik Aziz memusuhi penulis-penulis blog..

zaid said...

Tuan-tuan berhak menilainya. Pada saya, saya tidak memutarbelitkan atau melaga-lagakan antara Tok Guru dengan penulis blog. Anda berhak menilai seperti juga saya berhak menafikan tuduhan, kalau betul tuduhan itu tertuju kepada saya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails