Saturday, April 03, 2010

Din Beramboi.. Pesanan Akhir Dalam Lawak?


mStar Online. Sabtu April 3, 2010: Din Sempat Melawak Tentang Kematiannya

KUALA LUMPUR: Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau dikenali sebagai Din Beramboi , 44, kerap membuat lawak tentang kematiannya sejak dimasukkan ke hospital Isnin lalu.

Abang Ipar kepada Din, Sharifuddin Che Man, 43, memberitahu arwah sempat melawak tentang kematiannya beberapa kali ketika berada di hospital.

"Banyak pesanan yang disampaikan arwah dalam lawak jenakanya ketika dia sampai di hospital. Dia memberitahu saya bahawa kawan-kawannya akan datang ke hospital melawatnya selepas dia meninggal.

"Banyak kali dia cakap ayat yang sama, dengan kakitangan hospital yang ingin bergambar dengannya juga dia melawak agar tunggu masa kematiannya untuk bergambar dengan rakan-rakan artis yang lain.

"Namun sukar untuk pastikan sama ada dia buang tabiat atau melawak sebab dia memang begitu," katanya yang masih dalam keadaan terkejut.

Dalam pada itu, dia turut menyifatkan Din sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga.

"Walaupun dia sibuk dengan kerja-kerjanya dia sentiasa memastikan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah dijalankan

"Namun, sejak akhir-akhir ini sahaja, dia mengeluh sebab tidak ada masa untuk betulkan rumah," jelasnya yang mengagumi abang iparnya itu.

Tambahnya lagi, sifat cerianya membuatkan dia disenangi penduduk di kawasan ini.

"Masa bujang dia tinggal bersebelahan dengan rumah saya, seluruh penduduk kawasan ini menyenangi sikapnya, malah orang tidak siuman di kawasan ini turut menjadi rakannya.

"Saya pasti pemergiannya dirasai seluruh penduduk kawasan ini," katanya kepada pemberita.

Manakala Isterinya, Suhaini Che Man yang masih dalam keadaan lemah tidak mahu ditemuramah.

Dia yang tiga hari tidak selera makan dan berada disisi arwah ketika di hospital menggangap pemergian arwah suaminya itu sebagai takdir yang telah ditentukan.

Din meninggalkan isteri bernama Suhaini Che Man dan tiga orang anak, iaitu Nil Aina Adibah, 18, Mior Shafiq, 12, Nir Aina Syuhada,6.

Antara rakan artis yang hadir termasuk Aznil Nawawi, Azwan Ali, Faizal Ismail, Diana Danielle, Farid Kamil, Sharifah Shahirah, Zul Yahya dan ramai lagi.

Terdahulu, Din Beramboi disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 malam tadi di Hospital Selayang di sini selepas dimasukkan ke ICU kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang kelmarin.(AK)

2 comments:

Anonymous said...

pemermergian allahyarham sememangnya amat dirasai oleh stiap insanyg mngenali bliau..tiada pengganti bg bakatnya yg luar biasa,smoga arwah di tempatkn dikalangan umat yg soleh...pergi tiada pengganti,namamu tetap hati,dirimu sentiasa dirindui....

mus da fans 0f DB said...

pemermergian allahyarham sememangnya amat dirasai oleh stiap insanyg mngenali bliau..tiada pengganti bg bakatnya yg luar biasa,smoga arwah di tempatkn dikalangan umat yg soleh...pergi tiada pengganti,namamu tetap hati,dirimu sentiasa dirindui....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails