Bagaimanapun, Anwar kemudiannya mengumumkan pemilihan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut. Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.
Bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani bekas setiausaha agung PKR, Salehuddin Hashim, beliau berkata:
"Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil parimen Hulu selangor kali ini.
"Saya tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam pilihan raya ekcil Hulu Selangor ini, dan saya juga tidak pernah mengatakan saya menerima pelawaan untuk menjadi calon, walaupun ada pemimpin PKR yang telah mencadangkan demikian."
Dr Halili berkata, walaupun beliau pernah bertanding atas tiket PKR dalam pilihan raya 1999 dan 2004, tetapi "bagi pilihan raya kecil kali ini, saya merasa berat kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah."Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yam, Dr Halili berkata amat sukar baginya untuk mempertahankan kredibiliti PKR. (AK)
4 comments:
Pejuang tulen payah di cari di akhir zaman ini. Maka biarlah mereka berambus. Semoga yang tinggal itu mereka yang tahan lasak dan tokoh perubahan sejati, yang boleh diharap membela nasib rakyat, bukan memikir perut sendiri setiap masa.
Awak akan diuji dengan wang ringgit, kuasa, pangkat dan sebagainya untuk berpaling dari kebenaran dan keadilan, sekiranya anda gagal dalam ujian itu dengan menerima wang ringgit/ kuasa/ pangkat/dan sebagainya. maka berhijrahlah anda ke arah kekejian dan kemusnahan.
Dan biarlah yang benar itu tetap benar, bersih tetap bersih dari kekotoran si pembelot.
Biarlah tinggal yang benar-benar jujur walaupun sedikit.
Biarkanlah juga si katak-katak tersebut melompat ke tong najis UMNO/UPKO akan bertambah kotor mereka-mereka itu ibarat seekor katak ketagih taik dikut sama ke tong taik UMNO/UPKO
Masuk UMNO? Semua masalah negara bermula dari UMNO.
kpd tun teja cyber : di thailand, bagusnya polis dan tentera tidak ambil kesempatan untuk membuat kezaliman kpd orang yg berdemonstrasi menuntut hak demokrasi dan rakyat sangat benci kpd pemimpin yg makan rasuah...they will go to the street.
Apakah sdra. tun teja cyber mahu Negara kita jadi negara polis? padahal Negara demokrasi.
Post a Comment