"Ini adalah kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul bagi melaksanakan amal ibadat dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.
"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemari kesuciannya seperti caci mencaci, fitnah memfitnah, tohmahan yang tidak berasas dan memburukkan keperibadian seseorang," titah baginda ketika merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di Jalan Kota, Klang.
Baginda berititah, jika ingin datang ke Selangor, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. "Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini." Sultan Sharafuddin memberikan penjelasan itu memandangkan ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah baginda dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.
Menurut baginda, keadaan adalah berbeza pada zaman Nabi Muhammad SAW yang berceramah di masjid pada zamannya untuk menyedarkan umat Islam supaya mengukuhkan perpaduan kerana ketika itu umat Islam diancam dan diserang oleh musuh-musuhnya. Baginda bertitah Rasullullah tidak menyebar fitnah atau menghina orang lain di dalam masjid sebagaimana yang berlaku sekarang.
"Justeru adalah tidak munasabah bagi membandingkan peranan Rasullullah SAW menggunakan masjid untuk berpolitik dengan keadaan sekarang yang mana ahli-ahli politik mengambil kesempatan untuk menggunakan masjid sebagai platform untuk menyebarkan agenda politik mereka," titah baginda.
"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.
"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.Harakah pula melaporkan, hari ini Sultan Selangor dilaporkan membuat kenyataan umum yang difahami ditujukan kepada Nik Aziz. Kenyataan itu berikutan kenyataan Nik Aziz yang menyatakan bahawa tindakan melarang bercakap soal politik di masjid sebagai mengarut dan ketinggalan zaman.
Menurut penulis di harakah itu lagi, istana dilihat diheret untuk membicarakan soal orang politik. Suasana itu sangat bahaya kerana ternyata bagaimana Umno berjaya mengheret institusi istana Perak hingga kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh. Bermula dengan isu pemecatan serta merta Pengarah yang terpaksa ditarik balik oleh DS Nizar hinggalah kemuncaknya perkenan istana tanpa melalui DUN yang meruntuhkan kerajaan Pakatan. Dii Kedah juga usaha itu dikatakan terus berlangsung .
Kerajaan Selangor terutama PAS nampaknya sekali lagi mahu dilagakan dengan institusi Istana. Ia mungkin usaha terbaru Umno merampas Selangor yang dilihat agak kukuh setelah beberapa insiden yang dicipta termasuk usaha mengheret pimpinan Selangor ke mahkamah melalui SPRM gagal. Datuk Nik Abdul Aziz telah menjelaskan kenyataan beliau bukanlah respon kepada kenyataan Sultan Selangor. (2MA)
11 comments:
ooooo....masjid dan surau tempat yang suci ye??? berapa banyak dah surau yang 'suci' daripada kehadiran jamaah? berapa banyak surau yang SUNYI daripada laungan azan kerana tiada jamaah?pernahkah ketua agama ambil pusing? jangan terima sahaja lapuran daripada pecacai... kena la pergi tengok sendiri. jangan bila kariah minta surau terus bagi, yang untung nanti ketua kampong/jkkk pasal dapat projek tapi bila surau /masjid dah dibuat muka pon tak nampak datang berjamaah. bila dengar ketua agama nak turun baru terhegeh hegeh sterika baju melayu dan bersihkan songkok nak sambut ketua agama.dan kalau ketua agama nak turun melawat jangan la war warkan, buat senyap senyap.. klalu boleh buat 'serbuan' mengejut dekat waktu subuh, walaupun nampak ganjil pasal tak ada jamuan besar, tapi itulah gambaran sebenar kekuatan jamaah di satu satu kariah. bukannya dengan mengadakan sambutan dan jamuan besar besaran sempena lawatan ketua agama... itu membazirkan duit rakyat namanya, yang untung cuma ketua kampong/jkkk pasal ada projek siapkan katering/kanopi....(selangor bukan hok mu soghe!!)
Bro,,, kalau ketua agama meneguk ARAK dan WISKY wajar kah kito mnghormati beliau,,,,,,, tell me ketua agama negeri mana yg bersih dari ARAK dan WISKY??????? Ketua agama mangkok hayun nama nya tu !!!!!!!!!
SECARA JUJURNYA ,SAYA MNGATAKAN KEDUDUKAN ULAMAK LEBIH TINGGI DRI KEDUDUKAN SULTAN..ADOYAI SULTAN2..TAKUT KT ALLAH GK SIKIT..
Bila juhalak berkata=kata...beginilah jadi nye.
Manusia mudah lupa.Ingat kpd sesiapa yg makan dari hasil titik peluh rakyat walau siapa pun kamu....wang pembayar cukai yg kamu nikmati sbg gaji atau elaun tu.
Tanpa rakyat jelata siapa lah kamu...
Bila nak berpoiltik dlm masjid negeri beta, x boleh.
Kalau nak buat kilang arak beta alu-alukan
Pukimak beta
salam to all..
ini BODOHNYA MELAYU hormat sultan berbanding tuhan sendiri.
anak melayu.
Sultan? Relevan ke.... Nabi Besar Muhammad ketua agama yg sebenar pun pun tidur atas alas biasa. Sultan istana sana sini, kereta mewah, kapal layar, projek sana sini. duit sape?
ada gak barua umno kat sini.sape yang luluskan lesen arak yer.jawab jap.kalo sape pandai la.yang lulus lesen arak tu dari parti mana.tak kan pas kot.pas perintah malaysia ke..
sila jawab wahai anon 11:37
mak bapak toknek tokwan tokguru tok syeikh mana yg sanggop pikul agama atas bahu selain selain sultan?? last2 problem, suma balik sultan, klo x de sultan,jgn arap la melayu masih ada sampai skang..nk jadi mcm indon?? terlalu demokrasi sampai lupa asal usul bangsa sndiri?? xdaq demokrasi dlm islam,..terserlah biol n bengong para pejuang demokrasi...apakan daya, aku x daq power nk menghalang... memohon agar semua diberi yg hak dijauhi dari yg batil... demokrasi sistem dajjal... daulat tuanku..daulat tuanku.. daulat tuanku
dokpikiaq.... tak sangka lu punya jiwa kecil. adaka daulat tuanku? lu ada tuan? kalau gitu lu ni hamba jer ataupun..... sesuatu yang dipunyai tuannya, macam @@@@@@@@@.....!!!!????? apakah lu tak sedar seluar dalam sultan tu dri duit rakyat? kalau tak ada sultan, rakyat tetap boleh makan dan senang. tapi tanpa rakyat adakah sultan boleh kerja chop sawit untuk makan???? jadi...ampuan tuanku... titah terjunjung di atas batu jemala hotak patik!!!
hahaha... tunggu masa je ntok tawu ape yg benar apa yg salah.. bye bye..
Post a Comment