Wednesday, April 21, 2010

Guna Demokrasi, Pilih Pemimpin Amanah -Presiden PAS

HULU SELANGOR, 21 April: Islam, menurut Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebenarnya menuntut rakyat sama ada beragama Islam atau sebaliknya supaya melantik pemimpin yang adil lagi amanah.

Disebabkan itu, maka tanggungjawab memilih kepemimpinan menggunakan sistem demokrasi yang sedia ada merupakan amanah yang besar, yang terpikul di pundak setiap pengundi di Hulu Selangor.

"Walaupun sistem demokrasi ini datangnya dari Eropah, Islam mengiktiraf (sistem) demokrasi kerana kepimpinan yang adil itu datangnya daripada rakyat dan mesti dipilih (melalui) proses pilihanraya yang adil dan bebas.

"(Maka), menjadi suatu tanggungjawab bagi rakyat (dan) amanah yang paling besar bagi kita semua (rakyat) adalah (untuk) pilih pemimpin yang adil," jelas beliau di Dataran Bukit Sentosa, Batang Kali, semalam.

Sehubungan itu, beliau yang juga Anggota Parlimen Marang mengajak rakyat menggunakan kuasa mengundi untuk menolak pemimpin yang dianggap tidak layak untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat kelak.

"Lihat pilihan raya (Pemilu) di Indonesia, (partai) Golkar akhirnya tumbang menyembah bumi apabila rakyat diberi peluang menghukum pemerintah yang rasuah lagi zalim dua penggal yang lalu.

"Begitu juga di Jepun, rasuah mengakibatkan (parti) LDP turut tumbang apabila rakyat sedar dan bangkit melalui sistem demokrasi yang ada di sana," ujarnya.

Tuntas dari itu, beliau berkata, sekiranya rakyat memilih calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kali ini, keputusan rakyat itu merupakan isyarat awal bahawa rakyat bersedia menghukum Umno BN sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat Indonesia dan Jepun kepada parti pemerintah di negara masing-masing.

Sebelum pada itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat berpadu dengan Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan Malaysia dari terus diperkudakan oleh Umno BN di peringkat antarabangsa.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sanggup menjadikan tanah air sebagai boneka Amerika Syarikat apabila beliau bersetuju dengan pendirian Presiden Amarika Syarikat Barrack Obama untuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas negara umat Islam, Iran.

Walaupun beliau sendiri mengaku tidak bermusuhan dengan Amerika Syarikat, beliau berkata, Najib seharusnya bersikap adil dengan dunia, khususnya ke atas beberapa negara umat Islam yang dianggap tidak bersetuju dengan hegemoni Amerika Syarikat.

"Saya sendiri mengaku mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin tertentu di Amerika Syarikat, tetapi apabila Amerika Syarikat tekad mengenakan sekatan ke atas negara umat Islam Iran dan Afghanistan kononnya atas nama memerangi pembangunan senjata nuklear dan pengganas, saya kata tidak," tegas Anwar.

Lanjutan itu, beliau yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh turut mempersoalkan komitmen Najib terhadap negara haram Zionis-Israel yang juga membangunkan membangunkan senjata nuklear serta merupakan sekutu kuat Amerika Syarikat.

"Bukan seperti Najib, yang sedia tunduk dengan kemahuan Amerika Syarikat, sedangkan kalau Najib konsistan, apa pendiriannya dengan sekutu Amerika Syarikat (iaitu) negara Zionis-Israel yang juga membangunkan persenjataan nuklear dan mengganas ke atas umat Islam," soal beliau.

Semalam, Perdana Menteri Israel dalam wawancaranya dengan stesen tv Amerika ABC melalui rancangan 'Good Morning America' menggesa dunia agar jangan menjual minyak bertapis atau gasoline kepada Iran.

Tindakan ini, katanya, boleh melumpuhkan Iran kerana negara itu tidak mempunyai kemudahan untuk menapis minyak untuk proses seterusnya. Sebelum ini, iaitu tiga hari selepas berjumpa Obama, Najib dalam sidang medianya memaklumkan, Malaysia telah menyekat penjualan gasoline kepada Iran. Namun, Najib menafikan laporan yang dibuat oleh media antarabangsa itu ketika bercakap kepada wartawan Malaysia di New York.

Bertitik tolak pada tindak tanduk kerajaan pimpinan Umno BN yang dilihat tidak adil serta dilihat cuba menjadi sekutu Amerika-Israel, beliau mengajak seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan status sosial supaya menggunakan kuasa mengundi masing-masing untuk menolak calon proksi Najib, P. Kamalanathan (MIC) pada Ahad ini. (AK)

2 comments:

Anonymous said...

Kerana parti kerajaan mengamalkan rasuah, rakyat Indonesia dan Jepun tinggalkan Golkar dan LDP....

Kita? Mengapa sayang kepada BN/UMNO yang amalkan rasuah yg mengutamakan kroni?

Kepentingan rakyat dan negara mesti di utamakan.....carilah pemimpin yang baik2.

Anonymous said...

salam to all...

yang sokong umno/apco/bn tu kebanyakan melayu.sesuai dengan selogan melayu dulu kini selamanya.susah nak ubah otak diorang tu.tu sebab hidup untuk nak bantuan je keje.usaha tak nak.sebab tu melayu tak maju,melayu UMNO la.ada sampai ketahap mengutamkan bangsa dari agama.sampai pemimpin melayu sendiri lulus lesen arak pun diorang tak kisah..ada sape2 nak komen atas pendapat saya ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails