HENTIKAN SISTEM PILIHANRAYA KECIL
JUMAAT, 16 APRIL 2010 | 1 JAMADILAWWAL 1431H
Sistem pilihanraya di
Isu undi pos, sistem kawalan penggunaan jentera kerajaan dalam pilihanraya, isu rasuah dan sogokan, pengisytiharan pelbagai projek setelah pembubaran Dewan Rakyat, dan isu penggunaan media rasmi sebagai media kempen oleh parti pemerintah adalah antara pelbagai isu yang memerlukan kesungguhan dan ketegasan SPR bagi melahirkan keadilan dalam sistem pilihanraya di negara ini. Di samping pelbagai permasalahan tersebut, saya berpendapat sistem pilihanraya kecil juga memerlukan semakan semula.
Bilamana berlaku sebarang kematian kepada wakil rakyat, maka apakah perlu diadakan pilihanraya semula bagi menggantikannya? Saya berpendapat bahawa parti politik yang memenangi pilihanraya umum berhak menamakan terus pengganti, sebagaimana yang dijalankan di negara jiran tanpa memerlukan pilihanraya kecil. Sistem pilihanraya kecil yang diadakan menyebabkan pelbagai masalah berlaku. Wujudnya ketegangan antara para penyokong yang boleh mencetuskan pelbagai kejadian yang tidak diingini seperti kematian dalam tragedi Lubuk Merbau.
Pilihanraya kecil juga menyaksikan pelangaran kepada peraturan pilihanraya, bilamana hampir semua parti yang bertanding menggunakan peruntukan melebihi apa yang dibenarkan oleh undang-undang. Semua parti terpaksa membelanjakan wang ringgit, tenaga dan masa yang banyak setiap kali pilihanraya kecil diadakan, bahkan terkadang ianya boleh mengganggu perjalanan pentadbiran yang sedang berjalan, bahkan peruntukan beberapa PRK terkadang boleh mengatasi peruntukan PRU.
Apa yang lebih
PRK juga terdedah kepada meningkatnya amalan rasuah kepada para pengundi. Lihat sahaja bilamana berlaku kekosongan, kita rasa jijik bilamana pelbagai janji ditabur kepada rakyat, jutaan peruntukan diluluskan, rakyat digula-gulakan setiap kali PRK; sehingga ada kata-kata sinis “Kalau inginkan pembangunan segera, doakan kematian wakil rakyat”. Rasuah dan sogokan dalam pilihanraya mendatangkan kesan yang sangat besar, bilamana jalan mendapatkan kemenangan yang diasas dengan cara yang tidak betul, akan mendedahkan pelbagai gejala negatif dalam kepimpinan selepasnya. Tindakan sogokan, tekanan, ugutan dalam PRK menyebabkan pengundi tidak lagi memilih wakil mereka secara tenang dan jujur, bahkan ianya banyak dipengaruhi oleh suasana pada hari pengundian.
Meneliti pelbagai kesan yang lahir dari PRK, apakah masih wajar kita meneruskan sistem ini atau kita mula memikirkan kaedah baru, dengan memberikan mandat kepada parti yang memenangi dalam PRU bagi mengganti kekosongan tersebut. Ini bermakna PRU merupakan satu-satunya wadah bagi rakyat menentukan kerajaan yang mereka ingini. Sebarang pembentukan kerajaan hanya berlaku setelah selesai PRU; maka tidak timbul soal ada wakil rakyat yang dibeli, dijual atau dilelong; dan tidak akan berlaku tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam PRU, hanya kerana adanya wakil rakyat yang melompat keluar. Rakyat ingin melihat pemimpin yang jujur, amanah dan setia dalam perjuangan.
2 comments:
Asalamualaikum,
Jika Tuan Ibrahim mencadangkan agar dihentikan PRK, maka seluruh sistem parlimen kita perlu dirombak.
1. PRU perlu diadakan setiap 5 tahun tanpa gagal dan BUKAN bergantung kepada keputusan PM atau adanya undi tidak percaya.
2. Jika tidak ada majoriti pemenang parlimen. PRU perlu diadakan semula dalam tempoh 30 hari.
3. Jika tidak ada juga selepas 2x PRU, Agong akan lantik mana-mana yang dia suka untuk tempoh 6 bulan lagi sebelum PRU berikut diadakan semula.
4. Tempoh bagi semua ini hendaklah berjumlah 5 tahun sahaja dan tidak boleh lebih dari itu.
5. Dewan Senat perlu diadakan piliharaya senat setiap 5 tahun untuk separuh dari perwakilan.
6. Separuh lagi ahli senat akan dipilih oleh DUN setiap negeri yang akan menghantar separuh lagi dari ahli dewan senat.
7. Jika ada sebarang kematian, maka setiap negeri perlu mengadakan satu peraturan yang akan menentukan pengganti yang akan ditentukan mengikut DUN atau Parlimen.
YA! satu cadangan yang baik untuk menghentikan sistem PRK kerana pembaziran sumber kewangan semua pihak.
Seperti kata Sultan Selangor, kurangkan berpolitik dan tumpukan kepada pentadbiran kerajaan.
Boleh, dengan syarat hentikan semua PRK.
Setuju
Post a Comment