Thursday, April 01, 2010

Hukum Sebat Ganti Khidmat Masyarakat? Kartika Shukarno


KL. April1,10: Bekas model Kartika Sari Dewi Shukarno diperintahkan ke Jabatan Agama Islam Pahang di Kuantan esok bagi menjalani hukuman terhadapanya kerana didapati bersalah minum arak, kata bapanya.

Shukarno Mutalib (kiri, bersongkok) berkata, beliau dimaklumkan oleh peguam mereka bahawa anaknya diminta melaporkan diri ke jabatan tersebut pada jam 8.30 pagi esok.

“Esok saya akan serah dia (Kartika) pada Jabatan Agama. Katanya untuk jalani kerja-kerja (khidmat) masyarakat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Shukarno bagaimanapun tidak pasti sama hukuman sebat terhadap anaknya dibatalkan. “Saya pun tidak pasti. Ada ruang bincang, kita bincang. Esoklah kita tengok apa jadi,” katanya.

Ditanya perasaannya sekiranya hukuman kontroversiti itu dibatalkan dan digantikan dengan khidmat masyarakat, Shukarno secara berseloroh berkata:

“Kalau tidak gembira, saya tidak hantarlah (ke Kuantan). Tetapi yang penting, saya turut perintah.

"Sama ada gembira atau tidak kita tengok esoklah,” katanya yang kini sudah sampai di Kuala Lumpur dan dijadual bermalam di sini, sebelum bergerak ke Kuantan awal pagi esok. (AK)

1 comment:

antimisailebat_jijik! said...

tak payah lah nak ulang ulang memperkenalkan kartika ni sebagai bekas model....seumur hidup tak pernah nampak pun muka 'model' ni mengiklankan apa apa waima baju kurung syarikat mydin pun...kalau setakat jadi model takat gitu gitu..takyah lah nak dicanangkan ...bukan profession dia pun...alahai...hentikanlah mempromosi si kartika ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails