Wednesday, April 14, 2010

Jenayah Niaga: Wang Palsu & Sedut Wang ATM. Awas!

PENGGUNA

BUKTI...Yew (depan kanan) bersama beberapa peniaga menunjukkan  wang palsu yang diterima.

Yew (depan kanan) bersama beberapa peniaga menunjukkan wang palsu yang diterima.

KL. Apr 14 10: Beberapa peniaga di sekitar Wangsa Maju terkejut apabila mendapati satu not RM50 hasil jualan barangan mereka palsu ketika ingin memasukkan wang itu ke bank. Mereka mendakwa kejadian itu berlaku apabila seorang lelaki tempatan berumur 30-an membeli makanan di kedai mereka dan membayar menggunakan wang palsu.

Peniaga, Tiang Ko Oong, 65, yang menjual pau dan surat khabar berkata, dia didatangi seorang lelaki Cina yang mahu membeli pau dan surat khabar jam 5 petang, minggu lalu. Menurutnya, lelaki itu membeli barangan yang keseluruhannya berharga kira-kira RM20 ketika keadaan agak sibuk kerana ramai pelanggan.

“Saya tidak perasan not RM50 itu palsu serta tidak pula memeriksanya terlebih dulu kerana pada masa itu keadaan agak sibuk dan terus memulangkan baki kepada lelaki berkenaan.

Tiang berkata, dia ke bank keesokan harinya untuk memasukkan wang itu ke dalam akaunnya, namun disahkan pihak bank ia palsu. Sementara itu, Pengerusi MCA Bahagian Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai wang palsu itu dua hari lalu.

Menurutnya, setakat ini sejumlah peniaga datang mengadu mengenai masalah itu dan dipercayai masih ramai menerima nasib sama, tetapi belum membuat aduan.

Sementara itu, dua penjenayah jutawan warga Malaysia menggemparkan pihak berkuasa Australia selepas dikesan terbabit dengan kegiatan ‘menyedut’ wang berjumlah kira-kira AS$50 juta (RM151 juta) dari puluhan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di negara berkenaan. Suspek yang menjadi buruan sejak bertahun lamanya, dikesan antara ahli sindiket yang giat mencuri wang bank terkemuka menggunakan data maklumat dari kad pengeluaran ATM yang dicuri dan dipalsukan.

Tindakan licik suspek sejak setahun lalu bagaimanapun dipatahkan selepas suspek yang berusia 24 tahun diberkas malam Ahad lalu di Lapangan Terbang Darwin dipercayai untuk meninggalkan negara berkenaan. Sumber polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, berkata suspek ditahan pegawai penguat kuasa di lapangan terbang berkenaan selepas identitinya dikenal pasti.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Awas dan jaga-jaga. (AK)

No comments:

Post a Comment