Tuesday, April 27, 2010

Kes Aminulrasyid: Ke Parlimen Esok, UMNO Siap Guaman


KL APR 27 10: Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak polis awal pagi semalam.

Katanya, beliau berharap kes tersebut dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.

"Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan," katanya dalam sidang media di rumah keluarga arwah Aminulrasyid di Shah Alam hari ini. Beliau yang juga menteri pertanian dan industri asas berkata, dalam mesyuarat kabinet esok, beliau sendiri akan membangkitkan isu tersebut bagi perhatian kerajaan.

Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia. "Mereka juga boleh mengadu kes ini kepada pihak Suhakam," katanya.(AK)

Sebelum ini..

5 comments:

king said...

Salam ...

Sudah sampai masa nye di wajibkan setiap anggota/pegawai polis yg terlibat dgn "keganasan" semasa bertugas melalui ujian alcohol.

Sudah bukan rahsia lagi ramai anggota dan pegawai yg melakukan soal siasat terhadap tahanan dlm lock up polis yg berada di bawah pengaruh alcohol semasa bertugas.

Begitu juga mereka yg bertugas membuat rondaan lewat malam hingga awal pagi.

Pengakuan sebagai peminum arak yg di buat di mahkamah oleh seorang anggota polis yg terlibat dgn kejadian menembak org awam di Batu Buruk Trengganu dahulu sepatut nye di pandang serious.

Unknown said...

Ini lah keamanan ala Malaysia. Hilang segala kewarasan dan pertimbangan dalam menjalankan tugas. Terlalu memikirkan Hulu Selangor rakyat juga jadi mangsa

Anonymous said...

Menteri Dalam Negeri @Menteri Polis....sila letak jawatan.

Anonymous said...

Kalau negara ini sudah MAJU dan rakyat kita sangat mengabil tentang kualiti....dah lama menteri yg bertanggungjwab kena LETAK JAWATAN.

Anonymous said...

Noh Omar ada agenda terntentu apabila begitu mempertahankan keluarga si mati?
Kenapa anak ini merayau di tengah malam?
Kenapa ibubapa tidak pernah mabil tahu ke mana anaknya berada selepas 11 malam?
Kenapa polis yang menembak doktor dalam keadaan mempertahankan diri dipenjarakan? Sedangkan doktor itu enggan membuka pintu dan cuba merempuh polis yang baru 1 tahun bertugas?
Kenapa jururawat Islam yang berada dalam kereta berkhalwat itu tidak pernah dipanggil menjadi saksi?
Adakah kerana doktor itu seorang Cina? Maka doktor itu dianggap baik dan menjadi mangsa dalam kejadian 12 malam?
fikirkan kenapa banyak jenayah terjadi?
Dan apabila ada polis yang mungkin kelihatan bertindak liar maka semua polis dianggap ganas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails