Saturday, April 10, 2010

Kisah Berkahwin Dengan Lanun Somalia.

CATATAN PERJALANAN
Bunga Mas Lima saat diluncurkan (photo : Militaryphotos). TLDM melakukan pelbagai inisiatif dalam usaha mencari penyelesaian untuk melindungi kapal-kapal dagang Malaysia. yang melalui perairan Teluk Aden, Somalia. Usaha ini juga ekoran daripada berlakunya rampasan dua buah kapal milik MISC iaitu Bunga Melati Dua dan Bunga Melati Lima di perairan Teluk Aden pada tahun-tahun lalu.

SAYA sempat bertemu dengan seorang wanita remaja sekitar 15 tahun... Berpakaian warna emas berkilauan, di sebuah villa dengan pekarangan yang agak luas. Pemilik rumah mewah itu adalah Halima Hassan. Dia adalah seorang wanita yang berkahwin semasa berumur 14 tahun, iaitu setahun lalu dengan suaminya yang berusia 70 tahun.

Saya berada di Eyl, sebuah kota kecil di Puntland, iaitu wilayah semi-otonom di Somalia. Kota ini dulu merupakan pelabuhan nelayan, tetapi sekarang berubah menjadi pusat bisnes 'rompakan kapal'. Simbol perniagaan ini dapat lihat dari sebuah perahu kayu yang terdampar di pantai pasir. Sementara sekitar 300 meter dari sana berdiri megah rumah-rumah milik orang kaya baru. Salah satunya milik suami Halima Hassan, seorang yang disebutkan sebagai lanun laut.

"Suami saya terlibat langsung dalam bisnes perlanunan ini." jelasnya, dengan wajah tenang. "Dia berumur 70 tahun dan kami menikah tahun lalu, ketika saya masih 14." Tanpa ditanya dia melanjutkan cerita, "orangtua saya miskin, dan itulah alasannya saya dikahwinkan dengan dia."

Seorang lelaki tua penduduk di Eyl bercerita pada saya, "Saya sudah sering diminta meguruskan perundingan antara lanun laut dan pihak kami. Pihak lanun mempersembahkan 'khamis' (jubah seperti yang dipakai oleh orang Islam), tongkat berlapis emas, minyak wangi, unta dan wang, antara barang yang sangat diminati."

Menurut lelaki tua itu, perompakan di pantai Somalia telah merosakkan moral masyarakat sehingga sanggup menukar kecantikan dengan wang. "Supaya dapat dinikahi perompak, gadis-gadis ini perlu berparas cantik." katanya. "Semakin cantik, maka semakin besar kemungkinan dipersunting perompak dan semakin besar pula upeti (hantaran) yang diperoleh orangtua."

Tetapi Halima tidak melihat ada kekeliruan atau masalah dari pernikahan dengan seorang perompak, dan cara suaminya dapatkan wang. "Ini adalah bisnes yang bagus," ujarnya sambil menunjukk dua Toyota Prado four-wheel drive yang diparkir di pekarangan villanya yang luas itu. "Kalau bukan dari kerja-kerja lanun, bagaimana aku dapat memiliki semua ini? Ini adalah bisnes yang baik," ungkapnya berulangkali tanpa ragu.

Tidak semua isteri penyamun-penyamun ini merasa aman dengan gaya hidup itu. Fatuma wanita 24 tahun, tinggal tidak jauh dari villa Halima. Rumahnya besar, tetapi tidak menonjol seperti milik Halima. Dia juga berkahwin dengan lanun-lanun itu. "Kadang-kadang aku tertanya-tanya, apakah baik memberi makan anak dengan wang ini," kata Fatuma dengan suara emosional. "Baik agama mahupun budaya tidak membolehkan perompakan, kerana itulah saya merasa tak sedap.."

Dia anggap suaminya sudah jadi lanun laut sebelum mereka kahwin pada Januari 2007 lagi. Tetapi tak pernah beritahunya, takut jadi kecoh. Walaupun begitu, Halima mahupun Fatuma, berpandangan unik mengenainya..

"Saya kira bisnes lanun ini perlu dilanjutkan. Saya tidak ingin berhenti kerana saya hanya bergantung pada pendapatan suami. Sedangkan saya tidak ada ketrampilan, dia adalah satu-satunya sumber mata pencarian." kata Halima.

Fatuma agak lain sikit, sambil membelek-belek perhiasannya, "Ya, saya dapat banyak kekayaan, termasuk kalung-kalung emas. Tapi saya tidak ingin hidup seperti sekarang ini." Tetapi tidak ada solusi. "Saya tiada jalan keluar," kata Fatuma sambil menggendong bayinya erat-erat.

Halima menikmati gaya hidupnya, sedangkan Fatuma membenci sangkar emas, yang mengurungnya. Demikian seperti yang dinukilkan oleh Kassim Mohamad RNW kepada Ibnu Hasyim.

Ingat di Malaysia pun ada lanun-lanun seperti itu, bahkan lebih teruk lagi. Iaitu pemimpin dan ahli koperat yang keparat, kerana 'korap' macam kucing kurap! Wallahu 'aklam.

Catatan Perjalanan: Ibnu Hasyim
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL. April 10, 10

Lihat catatan perjalanan sebelum ini...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails