Thursday, April 29, 2010

Lagi Tukang Urut & Pelacur, Guna Telefon Pula..


Sebahagian dari 12 tukang urut yang dipercayai pelacur ditahan dalam operasi di sebuah premis di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur semalam.

KL APR 29 10: Taktik seorang pengurus sebuah spa yang bersubahat dengan 'bapa ayam' untuk menggajikan pelacur sebagai tukang urut terbongkar apabila premis itu diserbu di Jalan Raja Chulan di sini semalam.

Serbuan selama tiga jam bermula pukul 11.15 malam itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Cawangan Anti Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur melalui risikan yang dijalankan.

Difahamkan, mereka tidak melakukan aktiviti seks di situ tetapi sebaliknya sindiket tersebut akan meminta pelanggan membuat tempahan melalui panggilan telefon sebelum menghantar pelacur-pelacur yang dihajati ke lokasi masing-masing. (AK)

Lihat sebelum ini...

2 comments:

Anonymous said...

Asalamualaikum,
Mungkin ini satu berita yang lebih menarik.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26319:konvoi-bermotor-jom-pi-masjid&catid=55:negeri-pulau-pinang&Itemid=100
Konvoi bermotor 'Jom pi masjid'
Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 29 April: Pejabat Agama Daerah Timur Laut menjadi perintis pertama konvoi bermotor 'Jom pi masjid ke masjid' pada 2 Mei ini bermula jam 8.00 pagi di Masjid Bandar Baru, Air Itam.

Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Timur Laut, Ustaz Mohd Fariq Mohd Zaki berkata, program itu bertujuan mendekatkan golongan muda dengan rumah Allah serta menyemai kemesraan antara golongan dewasa, veteran serta pemuda harus dipereratkan kembali bagi membentuk keutuhan Islam.

"Pejabat Agama Daerah Timur Laut menjadi perintis konvoi bertemakan 'Jom pi masjid ke masjid' dan kami mengalakkan generasi muda menyertainya terutama bagi mereka yang mempunyai lesen motor," jelasnya.

Ujarnya lagi, memandangkan golongan muda begitu ketara jarang ke masjid, maka satu rangka jadual difikirkan bagi menarik minat mereka ke rumah Allah yang senantiasa menanti dengan seribu rahmat.

Program akan bermula di Masjid Bandar Baru, Air Itam kemudian ke Masjid Terapung, Masjid Baru Feringgi, Masjid Teluk Bahang, Masjid Bagan, Masjid Sungai Tiram dan kembali ke pekarangan Masjid Bandar Baru Air Itam pada sebelah petang.

Selain berkonvoi peserta juga akan menjalankan aktiviti kemasyarakatan di samping menyemai semangat anak muda cintakan rumah Allah dan mendorong mereka tentang jalinan kerjasama dalam masyarakat.

"Tidak dinafikan ramai golongan muda yang tersasar dari matlamat kehidupan dalam Islam, maka program seumpama ini merupakan adunan paling tepat dengan naluri mereka suka berkonvoi. Kepada ahli jawatankuasa masjid diharap menyampaikan mesej ini kepada anak-anak muda agar mereka boleh menyertainya," ujarnya penuh harap.

Ibnu Hasyim said...

Terima kasih. Mengenai berita yang tuan lampirkan.. As-salamu alaikum!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails