Friday, April 30, 2010

Lahir Anak, Francaiskan Pada Masyarakat -Shahrizat


KL APRIL 29, 10: MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, di Dewan Negara hari ini menyelar ibubapa, nenek, atuk semuanya kelihatan sibuk dan sudah jadi masyarakat yang individualistik. "Kita lahirkan anak lepas tu kita francaiskan pada masyarakat untuk mendidik dan beri kasih sayang."

Katanya berikutan kemarahan dan kesal dengan begitu banyak kes buang bayi di negara ini, apabila seorang senator Ahmad Hussin menyarankan agar bapa kepada bayi yang berkenaan dikenakan hukuman 'kasi', seperti yang dilaporkan BERNAMA hari ini.

Ahmad Hussin berkata hukuman itu adalah wajar untuk 'mengajar' golongan lelaki yang terbabit agar lebih bertanggungjawab. "Sekarang kita lihat dalam kes ini (buang bayi) bapa dah ghaib. Saya cadang kita 'kasi' bapa-bapa ini," katan Ahmad ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Dalam jawapannya, Shahrizat berkata cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu memandangkan bukan semua bapa mengabaikan tanggungjawab mereka. Sebaliknya kata beliau, gejala buang bayi boleh dielakkan jika anggota keluarga lebih bertanggungjawab dalam mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak.

Ini kerana katanya, gejala buang bayi dilihat berpunca daripada keruntuhan institusi kekeluargaan apabila tanggungjawab mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak diserahkan kepada pihak lain. Shahriat melihat sekarang tugas dan tanggungjawab oleh anggota keluarga semakin terhakis.

Terdahulu menjawab soalan Senator Datuk Seri Empiang Jabu, Shahrizat berkata antara langkah yang dilaksanakan bagi mengekang gejala itu ialah menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan kepada mereka yang terdedah terhadap bahaya moral. "Selain itu kita juga mewujudkan Pusat Remaja kafe@TEEN bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja," kata Shahrizat.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kesalahan ini seperti yang disebut 'memfrancaiskan anak pada masyarakat' tidak boleh dibebankan kepada ibubapa 100%. Kita kena lihat juga dasar pemerintahan tidak Islamik, sistem pembelanjaran, ekonomi keluarga tertindas, undang-undang, media yang menggalakkan, mengheret dan menjerumus kepada keruntuhan moral.

Akibatnya melahirkan masyarakat individualistik, penyelewengan, buang bayi, jenayah dan segala macam lagi. 'Kasi', itu 'cadangan gila', tidak ada dalam Islam! Bukan menyelesaikan masalah. Yang Islam suruh tak mahu ikut, nak buat yang tak disuruh agama. (2MA)

1 comment:

Anonymous said...

hoi juhi chaula... ko cakap bolehla, melebelkan orang individualistikla.. ko to makan pon rakyat tanggung ko tau susah ke?saya sangat setuju bapa kepada bayi yang dibuang tu di kasi..... bukan potong lancau tapi kasi tu BAGI anak dara senator tu atau anak juhi chaula hahahahah!!!! aku pun nak kalau di kasi. pooorah nak kasi kasikan orang, ni nak pakai hukum apa? hudud amno ka??? masuk dewan ikut pintu belakang nak cadang kasi konon... KASI JANGAN TAK KASI... wa tarak lesen, jangan saman... lu mintak wa KASI, tarak mintak pon wa kena kasi....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails