Thursday, April 01, 2010
Masuk Penjara, Buktikan Hakim Tidak Beretika.. -Matthias Chang
MAC31,10: Matthias Chang, bekas setiausaha politik kepada mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, akan menjalani hukuman penjara sebulan selepas enggan membayar hukuman denda RM20,000 atas kesalahan menghina mahkamah minggu lepas.
Khamis lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu dan memberi tempoh seminggu untuk Chang membayar denda tersebut. Chang didakwa menghina mahkamah selepas gagal memohon maaf kepada mahkamah selepas berbalah dengan hakim dan seorang peguam semasa soal balas dalam kes saman fitnahnya terhadap American Express (Malaysia) Sdn. Bhd. Chang, 60, bersama penyokongnya, menunggu di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur mulai jam 3 petang ini untuk mendapat perintah menyerahkan ke penjara disampaikan kepadanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendaftar K.Pavanni hanya memaklumkan kepadanya pada kira-kira jam 4.15 petang bahawa tempoh seminggu yang diarahkan oleh Noor Azian hanya tamat lewat petang ini. Menurut prosedur mahkamah, perintah menyerahkan masuk ke penjara hanya boleh dikeluarkan pagi esok. Jumaat lepas, Noor Azian juga membatalkan samannya dengan menyatakan Chang gagal membuktikan kes selepas mendengar keterangan saksi dari kedua-dua belah pihak serta penghujahan. Chang, seorang peguam, telah menyaman American Express kerana melanggar perjanjian dan memfitnah kerana kad kreditnya digantung.
Dalam pembelaannya, American Express berkata tidak ada keterangan atau bukti mengenai pelanggaran perjanjian atau fitnah seperti didakwa oleh Chang. Terdahulu itu, dalam sidang akhbar, Chang berkata beliau bersedia untuk dipenjarakan walaupun ahli Gabungan Persatuan Kwang Siew Malaysia telah mengumpul RM20,000 untuk membayar denda itu.
"Ini soal prinsip. Saya sanggup masuk penjara bagi membuktikan bahawa hakim tidak harus terlepas daripada sikap yang tidak beretika dan kelakuan yang tidak dapat diterima," katanya. Chang mendakwa Noor Azian enggan menarik balik beberapa komen menghina terhadap peguamnya dalam saman sivil itu apabila mereka cuba menarik perhatian hakim kepada undang-undang relevan. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Penjara Malaysia akan di penuhi dengan orang yg bersalah apabila hakim
1)beretika membuat keputusannya DAN
2) tidak beretika membuat keputusannya.
Apa sudah jadi HAKIM2?
Bila kerajaan pusat pun problem....semua akan jadi problem kpd rakyat.
dia masuk penjara, tp anak bini sedara mara suku sakat kenyang kat luar apa ada hal...dia bukan goverment servant pun...sebulan duduk penjara waima satahun pun..anak bini hidup senang lenang...kuar penjara kerja da siap tunggu...duit siap turun...org lain sibuk hutang sana sini bayar denda tp dia ni pilih dipenjarakan...tak ke hairan tu?
Post a Comment