Monday, April 26, 2010

Nik Aziz Ulas Kekalahan PR H/S'ngor


KOTA BHARU, 26 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekalahan adalah motivasi untuk terus berjuang lebih kuat bukan berpatah semangat. Perjuangan menegakkan kebenaran melawan kebatilan katanya tidak boleh berhenti selagi manusia itu masih diberi peluang untuk hidup.

“Selagi hidup kita di muka bumi ni masih ada, perjuangan menegakkan syiar Islam mesti diteruskan, Nabi Muhammad saw berjuang selama 23 tahun dan ia harus diteruskan dalam semua aspek,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekalahan tipis Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor semalam. Beliau ditemui media selepas merasmikan program pertukaran Pelajar Muhammadiyah Padang Sumatera Barat dengan Yayasan Islam Kelantan di ibu negeri hari ini.

Biarpun kalah dari sudut undi, namun Pakatan Rakyat jelasnya tetap menang dari aspek moral. Sokongan pelbagai kaum kepada Pakatan Rakyat jelasnya cukup membuktikan Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik rakyat negara ini.

Selain itu kekalahan itu menurutnya menjadikan ikatan antara parti dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh berdepan Pilihan Raya Umum akan datang. “Kita mesti ingat di Malaysia ni walaupun kita kalah dalam pilihanraya kecil tetapi bila masuk pilihanraya umum kita menang,” katanya lagi.

Pilihanraya kecil P.94 Parlimen Hulu Selangor dimenangi calon BN P. Kamalanathan dengan majorit 1725 mengatasi calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tiada kalah dalam perjuangan Islam, samada menang atau syahid..

6 comments:

Unknown said...

Salam,
1.Nampaknya tak jadila lepaskan jawatan..

2.Terlopongla biji mata nik amar dan rakan seangkatannya...

3.Tu la ayat standard bila kalah...bila menang ...INILA BUKTINYA RAKYAT MENOLAK BN...dan sebagainya...

4.Ramai dah org bertanya apa beza alim PAS dgn ALIM ISLAM..

Anonymous said...

salam to all...

soklan teka teki untuk layar...

apa dia kalo menang tajuk besar bila kalah tajuk kecil..

apakah jawapan dia...

sape2 nak jawab pun boleh.

Anonymous said...

Yang mengalahkan zaid ibrahim adalah tokguru yg tidak bijak dlm isu pengunaan masjid utk berpolitik.kelanjutan umor seseorang memain peranan dlm berfikir.rasa nya tokguru sudah patut bersara.kalau tidak kenyataan
akan digunakan olehmusuh dgn bijak
oleh umno yg akan merugikan pas dan pr.

Anonymous said...

kalau benar nak membela rakyat
jangan hidup dlm istana,kereta 10 buah,tanah berekar-ekar,isteri 4 org.
lepas tu boleh cakap rakyat didahulukan..eee..loya tekak mndengarnya..kerajaan sampah,sampai bila2 pon rakyat jadi sampah..

Anonymous said...

Kalah menang dah jadi adab perlawanan
Cuma ada kekeliruan dari jumlah kemenangan. Yang kita dok kira kat Hulu Selangor ialah 1353 majoriti. Kawasan Batang Kali banyak kena beli terutama bangsa melayu..Selagi curahan wang yang digunakan..sukar Pakatan Rakyat nak bersaing dalam pilihanraya kecil.,biarlah PR- 13 jadi penentu.

Anonymous said...

Setakat mengutuk orang biasa tu takpa la..Ni sampai ke orang alim pun korang kutuk? Korang tengok sendiri ke atau main pasang dengar cerita aje. Cari la kumpulan ALIM UMNO & kumpulan ALIM PAS duduk bincang. Aku ingat UMNO payah sikit kut yang cari??? Aku nak juga dengar mereka bincang pasal hal-ehwal agama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails