KUANTAN, 6 April 10— Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini atas tuduhan menikahkan pasangan tanpa kebenaran pihak berkuasa, lima tahun lepas.
Tertuduh, Abdul Rahman Ariffin, 62, didakwa melakukan akad nikah tanpa kebenaran pendaftar atau Hakim Syariah Pahang di Masjid Kampung Kempadang, di sini Mac 2005. Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 40(1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2005 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam mengangguk tanda faham pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali dan meminta dibicarakan. Abdul Wahid kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Jun ini untuk sebutan semula.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Borhan Hussin. Pada 25 Feb lepas, Unit Penguat Kuasa Jaip menahan Abdul Rahman dalam satu serbuan di rumah
Tertuduh yang juga seorang jurunikah bertauliah dipercayai menjalankan aktiviti berkenaan sejak lima tahun lepas berdasarkan penemuan beberapa sijil pasangan yang pernah dinikahkannya sejak 2005. Tertuduh dipercayai menerima bayaran antara RM1,500 dan RM3,000 bagi perkhidmatannya yang sering digunakan warga asing dari Indonesia dan Pakistan yang mahu menikahi wanita tempatan. — Bernama
Komen Blog Ibnu Hasyim: Perlu difikirkan mengapa jadi begitu. Nikah adalah kerja baik, perlu dipermudah dan dipercepatkan. Sekurang-kurang perlu dikemaskinikan, supaya ianya dapat membantu mengatasi masalah sosial, buang anak, bersekedudukan cara haram dan lain-lain. (2MA)
No comments:
Post a Comment