Monday, April 12, 2010

Parlimen Alat Lobi Amerika -Dr Hatta.



KL, 12 April, 10: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata, Parlimen minggu lalu dijadikan medan melobi Amerika Syarikat apabila tergesa-gesa meluluskan Rang Undang-undang Perdagangan Strategik.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 dengan merujuk kepada kenyataan Pemangku Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sebelum ini mendakwa Malaysia telah menyediakan asas hubungan yang baik dengan Amerika Syarikat apabila meluluskan Rang Undang-undang Perdagangan Strategik minggu lalu.

Rais didakwa berkata demikian sebagai mengulas mesyuarat dua hala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dijadual hari ini.

"Rupa-rupanya minggu lepas, rang undang-undang diluluskan dengan begitu segera semata-mata untuk memberi lonjakan dan keyakinan kepada Amerika, bahawa kita ini bersama dengan mereka.

"Saya nampak parlimen ini telah dipergunakan untuk menjadi pelobi pertemuan perdana menteri dengan presiden Amerika. Jika benar kita rasa kecewa," katanya.

Dalam perkembangan lain beliau juga meminta kerajaan menyatakan status pencapaian Stevens Technical Institute, di mana Najib akan menandatangani perjanjian persefahaman MoU, mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan institut terbabit dalam rangka lawatannya ke Amerika. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Parlimen jadi alat lobi Amerika, samalah dengan Malaysia jadi alat Amerika. Patutlah ada yang menganggap ada 2 ajen Israel di Bukit Aman.

3 comments:

Anonymous said...

Rupa2nya pemimpin negara kita masih BELUM MERDEKA...

Anonymous said...

Asalamualalikum,
Merujuk kepada YB Dr Hatta
Dalam perkembangan lain beliau juga meminta kerajaan menyatakan status pencapaian Stevens Technical Institute, di mana Najib akan menandatangani perjanjian persefahaman MoU, mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan institut terbabit dalam rangka lawatannya ke Amerika. (AK)

Ini adalah sebuah universiti swasta yang ada banyak masalah termasuk skandal kewangan oleh President dan Director of Financenya
Kolej swasta yang terletak di seberang Sg Hudson mengadap Bandaraya UNew York ini kecil dengan hanya 4,500 pelajar tetapi mempunyai kadar yuran tertinggi di Amerika Syarikat. Jumlah pelajar dengan hutang kepada bank bagi yuran pengajian juga paling tinggi, bererti tidak banyak biasiswa yang ditawarkan (US$30,000) untuk yuran setahun tidak termasuk duit makan dan asrama.
Kenapa tiba2 Malaysia berminat dengan sekolah seperti ini? Kenapa JPA, Petronas dan banyak lagi masih menghantar pelajar ke kolej seperti ini sedangakan ratusan kolej yang menawarkan bidang yang sama terdapat di tempat yang jauh lebih murah. Apa kata perjanjian dengan state colleges di Idaho dan New Mexico? atau dengan Mississippi dan Montana saja?
Ini adalah kerana kolej ini sedang dan akan menunggu untuk bangkrap.
Saya sertakan pautan laman web berkaitan presiden dan status kewangan kolej ini yang sedang menghadapi krisis terbesar di Amerika Syarikat kini selepas Adelphi University.
http://campusflack.wordpress.com/2009/12/22/new-jersey-takes-down-stevens-institute-of-technology-the-new-york-times-takes-care-of-the-rest/
http://www.nytimes.com/2009/12/28/opinion/28mon3.html
http://www.edmecka.com/categories/stevens-institute-of-technology.html
http://www.insidehighered.com/news/2009/09/18/stevens
http://www.nj.com/news/index.ssf/2009/09/stevens_institute_president_ch.html

Selepas ini sapa2 yang jadi penasihat PM tu etrmasuk segala PTD rajin-rajinlah baca online newspaper ni sebelum membuat keputusan.
Janganlah nampak bodoh sangat orang Malaysia boleh beli begitu saja.
Terima kasih YB Dr Hatta Ramli.

Anonymous said...

Ada satu lagi tambahan kepada kenyataan YB Dr Hatta Ramli ini
dari pautan laman Rumah Putih.
http://www.politico.com/politico44/perm/0410/rebuilding_afghanistan_50f04e3d-4a6f-4fde-b5ba-c88a45b7c377.html

The White House released this readout after President Obama met with Prime Minister Mohammed Najib Abdul Razak of Malaysia:

"The President congratulated Prime Minister Najib for recent action on the Strategic Goods Act, which will strengthen the ability of Malaysian authorities to take action against individuals and entities engaged in proliferation. The Prime Minister shares U.S concern about the destabilizing effects caused by the proliferation of weapons of mass destruction and welcomed U.S. leadership and capacity-building efforts in this area. The President and Prime Minister also agreed to work together to further strengthen the Nuclear Non-Proliferation Treaty and to achieve a successful NPT Review Conference next month.

YB Dr Hatta memang perlu membangkitkan perkara ini banyak kali, Parlimen Malaysia telah menjadi agen kepada program Kongres Amerika Syarikat.
Sekarang siapa sebenarnya agen dan khadam Amerika???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails