Menurut masyarakat Penan, peninjau-peninjau syarikat balak yang telah diberikan konsesi membalak telah diminta berulang kali menghentikan kerja di kediaman orang Penan. Namun segala rayuan mereka tidak diendahkan. Justeru, berdepan dengan masalah itu, penduduk kampung itu telah mendirikan dua sekatan jalan, pada 24 Mac dan 31 Mac yang lalu.
“Kalau kami benarkan syarikat itu masuk dan melakukan pembalakan, mereka pasti mahu ambil semua hutan kami ini,” kata Aya Luding (kanan), seorang wakil masyarakat Long Sabai, Pada November tahun lalu, 17 masyarakat Penan di kawasan Ulu Baram telah mengisytiharkan tanah asal mereka sebagai hutan simpanan yang ditadbirkan oleh mereka sendiri.
Hutan yang dinamakan “Taman Keamanan Penan” itu meliputi kawasan 163,000 hektar. Ia termasuk hutan rimba yang sangat bernilai dari segi pemuliharaan serta tanah pertanian tradisional berdekatan dengan sempadan Malaysia dengan Indonesia. (AK)
1 comment:
Parlimen Sibu akan mengadakan PRK bulan Mei nanti.
Sibu kaya kerana hasil balak dari ulu pendalaman Sarawak.
Jika kawasan hutan tempat kediaman masyarakat Penan ini dipelihara dari pembalakan apa akan jadi pada orang Sibu?
Mereka mahukan kayu balak kawasan hutan Penan.
INi telah berterusan lebih 50 tahun.
Cuma sampai bila pembalakan ini perlu berterusan?
Sampai bila kaum Penan perlu terus terhimpit dan kediaman mereka dimusnahkan?
Adakah erti kemajuan itu dengan memusnahkan kawasan hutan?
Siapakah yang benar2 mahu mempertahankan hak masyarakat Penan?
Post a Comment