10.35 am : Di Sek. Keb. Bukit Rasa- Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut laungan 'Yahudi', 'Israel', 'Umno Israel' dan 'rasuah' oleh penyokong Pakatan Rakyat.
Jumlah keluar mengundi di sini seramai 366 orang setakat jam 10 pagi ini.
10.23 am : Di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu-Sekumpulan petugas SPR mengarahkan pondok panas yang didirikan kedua dua parti bertanding berdekatan pusat membuang undi dialihkan.
Penyokong bagaimanapun dilihat akur dengan arahan tersebut, dan beramai ramai mengusung khemah yang dijadikan pondok panas dan dialihkan ke kasawan lain.
10.20 am : Tercetus kekecohan apabila Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Salleh sampai di sini. Sekumpulan penyokong BN menolak beliau sehingga hampir jatuh. Dua remaja dari pihak masing-masing hampir bertumbuk tetapi sempat ditenangkan pihak Polis
10: 17 am : Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali. suasana mula hingar bingar mula berlaku ekoran saling berbalas sorakan oleh kedua-dua belah pihak penyokong. Para wartawan berkumpul di sini sekoran menunggu ketibaan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.
10:15 : 4 buah tarak FRU lagi dilihat tiba di sini menjadikan jumlah keseluruhan 9 buah.
10.00 am : 5 buah trak FRU penunh dengan anggota tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu untuk megawal sebarang kemungkinan. Suasana bagaimanapun masih terkawal manakala lalu lintas masih bergerak perlahan.
9.50 am : Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim akan memulakan sesi lawatan ke pusat mengundi di Sek. Keb. Bandar Bharu Batang Kali jam 10.00 pagi ini.
9.40 am : Pimpinan PAS Kelantan termasuk Exco kerajaan YB Baihaqi Atiqullah serta Ahli Parlimen Rantau Panjang bersama penyokong Pakatan merayu undi di Sek. Keb. Batang Kali. Sekumpulan remaja lelaki membuat aksi 'wheely' sambil mengibar bendera BN dihadapan pemimpin dan penyokong pakatan.
9.30 am : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming, Kuala Kubu meninjau suasana pengundian. Beliau disambut penyokong dan juga pengundi di kawasan berkenaan. Sehingga kini, hanya penyokong Pakatan Rakyat sahaja berbaris di tepi jalan menuju ke pusat pengundian di sini manakala penyokong BN masih belum kelihatan.
9.27 am: Sekumpulan pemuda Pakatan Rakyat sedang berbalas sorakan dengan puteri Umno dan pemuda BN di Sek. Keb. Batang Kali. Pemuda PR melaungkan 'tutup aurat' dan dibalas sorakan oleh pemuda BN.
9.25 am : Exco Selangor, Rodziah Ismail bertemu pengundi di Sek. Keb. Batang Kali.
9.20 am : Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh tiba di Sek. Ren J.K.C Khing Ming meninjau suasana.
9.15 am : Penyokong Pakatan Rakyat dan BN sedang hangat berbalas sorakan di sepanjang jalan Sek. Keb Batang Kali. Jalan pada waktu ini penuh sesak. Para pengundi dilihat mula ramai datang dan masuk ke kawasan pusat mengundi.
9.00 am : Jalan menghubung pekan-pekan utama di Hulu Selangor kini sesak dengan kenderaan. Kenderaan dari jalan Kuala Kubu menuju ke Batang Kali juga kini dilaporkan tidak bergerak akibat kesesakan.
8.50 am: Di pusat pengundian Sek. Ren J.K.C Khing Ming, kawasan pengundi Cina, keadaan juga masih lagi lengang. Peyokong Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP berbaris di sepanjang jalan membawa bendera dan poster calon. Hadir sama, Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu. Penyokong BN bagaimanapun tidak kelihatan.
8.42pagi: Di Kuala Kubu Bahru, walaupun SPR telah memberi amaran semalam, namun PKR telah menyediakan tempat untuk pengundi menyemak pusat mereka mengundi. Tetapi petugas yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr Siaw berkata SPR, yang turut menyediakan tempat yang sama, telah mengarahkan mereka supaya menutupnya.
Seorang pengundi mendapati namanya telah dipindahkan ke Bukit Sentosa dan akan dibawa ke sana oleh petugas PKR. Sementara itu,Pusat pengundian tersebut menyediakan 136 saluran di 47 sekolah dan dewan masyarakat. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelia proses pengundian hari ini, dengan diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan. Parlimen Hulu Selangor mempunyai seramai 63,701 pengundi.
Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara ketua penerangan MIC P.Kamalanathan dari BN dan bekas ahli parlimen Kota Bharu Datuk Zaid. Polis pula menggerakkan lebih 1,000 petugas dan beberapa helikopter bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.
8.30 am : Didapati suasana pengundian sehingga jam 8.30 pagi ini masih belum rancak. Kehadiran pengundi masih lengang di kebanyakan pusat mengundi.
8.20 am : Sekumpulan penyokong BN dipercayai pemuda lasak Umno mula menunjukkan aksi nakal kepada penyokong PR di Sek Keb Bukit Sentosa. Keadaan bagaimanapun masih lagi terkawal.
8.15 am : Difahamkan jam 5 pg tadi, pemuda AMK menahan sebuah bas yang didakwa membawa pengundi hantu berdekatan IKBN Ampang Pecah. Mereka kemudiannya dikepong oleh sekumpulan pemuda lain namun berjaya dikawal pihak keselamatan.
8.05 am : Di Sek Keb. Rasa, Para petugas dari PAS dan Keadlilan memulakan tugas di barung dan tepi jalan dengan mengibarkan bendera parti dan poster calon.
8.00 am : Proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka tepat jam 8.00 pagi.
Ianya akan tamat jam 5 petang dan semua peti undi akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor. Keputusan pengundian dijangka paling awal dapat diketahui sekitar jam 9.30 malam.
Rileks.. tenang dengar ini..
SILA ziarahi.. Hibur Hibur Sikit..
Album I
- 01 -Micheal Jackson (English)
- 02 -Dikir Barat.. PAS
- 03 -Muslim Rap-Soldier of Allah (English)
- 04 -Chenchen Fighters
- 05 -Malam Seni Tanpa Bicara
- 06 -Lagu Puisi Ebit G Ade
- 07 -Nasyid Didik Kanak-Kanak
- 08 -Nasyid Al-Qaeda
- 09 -Cat Stevens' transition to Yusuf Islam (English)
- 10 -Converts of Peace (Englsh)
- 11 -Lagu Politik
- 12 -Sambut Puasa Upin & Ipin
- 13 -Asri & Rabbani.
- 14 -Sejarah Merdeka & Hartal
- 15 -Sambut Hari Raya Upin & ...
- 16 -Ucapan Hitler, Sukarno, W...
- 17 -Naheed Iran & Khomeini Sp...
- 18 -Selamat Hari Raya Upin & ...
- 19 -Sholat Raya Di China, Rus...
- 20 -Nasheed Palestin.
No comments:
Post a Comment