Oleh Clara Chooi
Penasihat DAP, Lim Kit Siang (5 dari kiri) bersama ahli-ahli dan penyokong Datuk Zaid Ibrahim di Hulu Selangor hari ini. - Gambar oleh Jack Ooi
KUALA KUBU BARU, 18 April — Penasihat DAP Lim Kit Siang mengingatkan Pakatan Rakyat supaya tidak terlampau yakin boleh mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor sambil memberi amaran agar sama sekali tidak mengetepikan hakikat pilihan raya umum 2008.
Sambil merujuk kepada perbezaan 198 undi dua tahun lalu, Lim juga memberi amaran Pakatan Rakyat belum pasti akan menang pilihan raya kecil Ahad ini. “Kita tidak boleh (terlalu) selesa,” kata beliau sambil menambah, Pakatan Rakyat seharusnya menganggap pilihan raya ini sebagai “satu ujian besar dan krisis.”
“Kita tidak boleh (terlalu) selesa,” kata beliau sambil menambah, Pakatan Rakyat seharusnya menganggap pilihan raya ini sebagai “satu ujian besar dan krisis.”
“Saya percaya bahawa Datuk Zaid Ibrahim boleh dipilih sebagai Ahli Parlimen baru Hulu Selangor tetapi perlu kerja keras, dengan setiap undi perlu diambilm kira,” kata Lim pada majlis pelancaran kempen melawat pengundi SuperSunday18 di sini pagi ini.
Dalam analisis terperincinya, Lim menjelaskan, Barisan Nasional (BN) tewas kerusi Parlimen dengan perbezaan undi tipis tetapi menguasai ketiga-tiga kawasan Dewan Undangan Negeri dengan majoriti keseluruhan 6,175 undi.
Pada pilihan raya umum 2008, BN menang di DUN Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baru masing-masing dengan majoriti 3,548, 2,179, dan 448 undi.
Justeru, Lim persoal mengapa majoriti 6,175 undi BN membabitkan ketiga-tiga DUN itu terbalik berbanding kelebihan 198 undi diperoleh oleh Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad.
“Undi peringkat Parlimen bagi PKR (23,388) hanya lebih 54 undi berbanding yang diperoleh calon-calon Pakatan Rakyat bagi tiga kawasan DUN (23,334),” katanya.
Beliau berkata ketika pilihan raya umum Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel memperoleh 23,190 undi, di mana kurang 6,320 undi berbanding keseluruhan 29,510 undi yang diperoleh ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri dari BN.
“Jelas lebih 6,200 pengundi memberikan undi kepada BN di peringkat Dewan Undangan Negeri, dan tidak mengundi untuk Palanivel. Apa yang signifikan ialah lebih 6,200 undi tidak pergi kepada Pakatan Rakyat,” katanya.
“Ke mana perginya lebih 6,200 undi ini?” kata beliau.
“Jika 2,000 atau 3,000 pengundi keluar mengundi untuk BN pads 25 April ini, BN boleh menang,” katanya.
Oleh itu kata Lim, kesemua pemimpin PKR, PAS dan DAP, dan mereka yang berkempen untuk Pakatan Rakyat harus sedar bahawa pihaknya boleh pasti akan mencapai kemenangan muktamad Ahad ini.
Dalam analisis itu Lim menambah, BN hanya tewas di Hulu Selangor dua tahun lalu kerana pengundi tidak gembira dengan calon yang diturunkan, bukannya tiket yang dia tanding. (AK)
3 comments:
bila pulak tuan nak keluarkan artikel & gambar calon PR Dato' Zaid Ibrahim dengan botol arak yang dah banyak tersebar tadi? takkan diam jek? komen la sikit...
mungkin jugak,6200 itu adalah hantu.
hantu itu hanya menjalankan specific tugas..ialah macam orang hantar hantu disuruh dan dibayar untuk buat kerja undi kerusi dun je,itu je yg dia buat..
adalah tidak rasional 6200 orang awam amik kertas undi dun tetapi tak amik kertas undi parlimen...kalau setakat 2,3 orang kepala angin logiklah..ini 6200 orang!!!!
anony, sila lihat ini,,,
Monday, April 19, 2010
Zaid Ibrahim 'Kaki Botol' -Nik Aziz Jawab Dari Mekah.
Post a Comment