KL, 9 April 10: BLOG Ibnu Hasyim sambut baik cadangan Syarikat Prasarana Negara Berhad mempertimbang untuk mewujudkan gerabak berasingan untuk penumpang lelaki dan wanita bagi perkhidmatan transit aliran ringan.
Hal ini timbul berikutan Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Prasarana, Ebi Azly Abdullah berkata, banyak faktor perlu diambil kira sebelum membuat keputusan yang akan memberikan manfaat kepada pengguna.
“Kita pernah berbincang untuk mewujudkan gerabak berasingan pada 2008 tetapi ketika itu tren yang digunakan hanya tiga gerabak sahaja berbanding empat gerabak sekarang.
“Dulu hanya 400 penumpang sahaja kini seramai 800 penumpang boleh dimuatkan dalam satu masa. Lagipun perkhidmatan LRT sentiasa penuh dengan penumpang.
“Jadi kita akan mempertimbangkam lagi perkara ini kerana ia bukan sesuatu yang mudah,” katanya.
Editor Blog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim mengucapkan terima kasih kepada The Malaysian Insider yang melaporkan berita itu hari ini. "Pihak kami pun sering membongkar hal ini demi kemaslahatan umum, maruah wanita dan untuk kebajkan penganut-penganut agama Islam serta semua agama... kerana semua agama mahukan kebaikan."
Minggu lalu KTM Berhad mengumumkan pihaknya sedang mengkaji untuk memperkenalkan gerabak ikut gender dan golongan emas. Ebi Azly Abdullah juga berkata, banyak elemen perlu dikaji termasuk dari segi keselamatan, masa dan juga pengasingan.
“Kajian terperinci akan dibuat kerana ia penting bagi kita dan juga pengguna. Kita tidak mahu menyusahkan mereka nanti.
“Ini kerana perkhidmatan kita setiap tiga minit akan sampai ke stesen jadi agak sukar untuk mengasingkan lelaki dan wanita.
“Pada waktu puncak LRT pasti akan dipenuhi penumpang jadi ketika itu pasti sukar untuk membuat pengasingan tersebut.
“Kita akan kaji perkara ini dengan lebih teliti dan terperinci malah kita akan membuat percubaan terlebih dahlu sebelum membuat keputusan,” katanya lagi.
Blog Ibnu Hasyim telah menyiarkan beberapa artikel mengenainya sebelum ini..
- Angkutan Awam Iran, Ikut Cara Islam
- kl/sel perlu adakan teksi, bas & cabin lrt untuk wanita.
- Gerabak Komuter Berasingan Wanita -Shahrizat
"Terima kasih kepada Ebi Azly Abdullah dari Syarikat Prasarana Negara Berhad yang begitu prihatin kepada pengguna. Saya sentiasa doakan, semoga khidmat tuan kepada pengguna akan berjaya, bahkan lebih profesional lagi." Kata Dr Hj Mohd Hasyim lagi. (AK)
Sila lihat Catatan Perjalanan di Iran..
- Dubai, Bertemu Pemuda Dari Lembah Swat..
- Politik: Bila Ku Renung Bulan Mengambang Di Iran.....
- Nikah Kontrek Bersama Wanita UMNO Iran?
- Angkutan Awam Iran, Ikut Cara Islam.
- Selepas Iran Ibnu Hasyim Ke Sri Lanka Pula..
- Ahmadinejad: Bukan Ganjil Tapi Ikut Cara Sederhana...
Assalamualaikum Tuan Haji
ReplyDeleteSatu cadangan yg amat baik walaupun terlambat jika nak dibandingkan dgn negara2 spt Iran, Jepun dan mexico.