SUKAN
Pasukan Negeri Sembilan meraikan bersama Piala FA selepas mengalahkan Kedah agregat 5-4 pada perlawan akhir Piala FA di Stadium Nasonal Bukit Jalil di sini, malam tadi. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 setelah tamat masa tambahan
Para penyokong Kedah dan Negeri Sembilan memeriahkan suasana perkarangan Stadium Bukit Jalil di sini hari ini dengan memakai jersi dan mengecat muka pasukan yang disokong sebelum perlawanan akhir Piala FA berlangsung malam ini. fotoBERNAMA
KL, 10 April — Negeri Sembilan, skuad Rusa, menjuarai Piala FA — kali kedua sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 1990. Pasukan pimpinan Wan Jamak Wan Hassan ini menewaskan Kedah menerusi tendangan penalti ‘sudden death’ 5-4.
Negeri Sembilan dua kali memasuki final Piala FA dan memenangi kedua-dua saingan. Keputusan terpaksa ditentukan menerusi tendangan ‘sudden death’ selepas terikat 4-4 dalam pusingan pertama sepakan penalti. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas bermain 120 mini (AK)
3 comments:
oh burung kenari..twit twit twit!!
rusa disini..
mari kita mula bermain twit.. twit!!
whistle telah pun berbunyi.T.W.I.T!!!
OH!..burung kenari pandai menari..
rusa mengikut rentak dicari..
oh!burung kenari lebarkan sayapnya
rusa menanti dengan gayanya..
oh kenari rusa disini..
marilah kita pulang juara dihati..
Harapnya penyokong yg cat muka tu mendirikan solatnya malam tadi. Tahniah buat N9.
tahniah Negeri Sembilan, main bola tu jangan sampai cedera! Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak
Post a Comment