Monday, April 12, 2010

Tipu Menyanyi, Hanya Gerak Bibir.. 2 Ditangkap

HALAMAN HIBURAN
BEIJING APRIL12, 10: Dua penyanyi menjadi orang pertama di China didapati bersalah melanggar undang-undang yang mengharamkan menyanyi dengan menggerakkan bibir saja.

Kedua-dua penyanyi wanita muda itu dikesan memimikkan bibir mereka ketika membuat persembahan di satu konsert di bandar Chengdu, barat daya China tahun lalu.

“Tidak ada isyarat diterima daripada pembesar suara mereka ketika pertunjukan itu berlangsung,” kata seorang pegawai Pejabat Hal Ehwal Kebudayaan kerajaan tempatan kepada mahkamah. Kedua-duanya didenda 50,000 yuan (RM25,000) setiap seorang.

Undang-undang mengharamkan menyanyi seperti itu dikuatkuasakan selepas kecaman meluas berhubung persembahan penyanyi China yang hanya membuat mimikan bibir pada majlis perasmian Sukan Olimpik Beijing.

Keputusan semalam bagaimanapun mencetuskan tanda tanya, mengapa hukuman itu dijatuhkan terhadap kedua-dua penyanyi yang tidak dikenali, tidak terhadap bintang yang lebih terkenal. Pengguna Internet di negara itu sering menuduh penyanyi terkenal menipu peminat mereka dengan memimik di pentas. “Mengapa mereka tidak dikenakan tindakan,” tanya seorang pembaca akhbar Beijing Daily. - AFP

Catatan perjalanan Ibnu Hasyim ke China..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails