13Mei bagai burung camar tertusuk damar.
Lihat catatan pengalanan Ibnu Hasyim semasa 13Mei 1969..
Imbauan 8: 13 Mei 69 Di Balik Pulau..
13 MEI 2010, KL: Berita dari...
Scarborough, Britain - Seekor burung camar masih hidup setelah kepalanya tertusuk damak dari busur silang akibat perbuatan kejam manusia, lapor sebuah akhbar semalam. Lebih ajaib, burung itu masih dapat terbang seperti biasa walaupun damak itu tertusuk di kepalanya. Camar malang itu ditemui oleh Graham Rhodes iaitu seorang jurugambar yang tinggal di sini.
"Ia adalah kes serangan kedua terbaru di sini setelah seekor lagi burung camar ditemui dengan sayap yang tercedera," kata Rhodes. Menurutnya, banyak burung camar datang ke bandar itu semasa musim mengawan dan dia kerap melihat burung tersebut bersama pasangannya semasa keluar bersiar-siar. - Agensi.
Ilham:
13Mei, Bagai Camar Tertusuk Damar..
burung camar tertusuk damar
tembusi kepalanya,
tapi masih hidup..
13mei pagi ini..
terbayang 13mei, 41 tahun lulu..
takut aku melintasi Cinatown Penang..
takut mereka lalui Chow Kit Rd KL
Tragedi...
tertuduh pelampau Cina
parti buruh & adikberadik
termasuk pembangkang Cina
tempias yang ada, DAP.
Tertuduh pelampau Melayu,
pembangkang konon PAS
walau setitik darah pun
tidak tumpas di tadbiran PAS
di K'tan.
Yang jelas di bawah UMNO,
tidak kata no,
terlibat..
UMNO yang jahat?
13mei, damar tusuk camar itu..
kini tubuh camar mulai sihat segar
Nik Aziz sudah temui Kit Siang
duduk semeja berunding
cuba bebaskan najis perkauman
mulai 4 negeri..
Tukar tusuk damar
dalam sejarah camar.
jadi mahkota tamar
Allahu akbar!!
Ibnu Hasyim
13mei 2010
KL.
subhanallah..anda ternyata terlalu taksub..sy mengalami sendiri peristiwa 13 mei ini..jika di sebut setakat mana pembabitan pas ketika itu.anda akan betul2 sedih...
ReplyDeleteTolong ceritakan pengqalaman tuan dalam 13mei. Mengapa tidak puas hati dengan pembabitan pas?
ReplyDeleteanak muda masa kini ingin tahu..