Wednesday, May 12, 2010

Cuka Wain Haram, Kata Mufti Selangor..


PENGGUNA

SHAH ALAM, 12 Mei 10 — Semua pihak terutamanya pengusaha dan pengeluar makanan perlu mempunyai kesedaran sendiri berhubung penggunaan cuka wain dalam industri makanan yang difatwakan haram pada 2006.

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid berkata walaupun fatwa mengenai pengharamannya dibuat pada 2006, namun masih ramai yang kurang prihatin malah ada yang tidak faham langsung berhubung larangan penggunaan bahan itu dalam penyediaan makanan halal.

Beliau berkata, penguatkuasaan berhubung penggunaan bahan itu dalam makanan di kalangan pengusaha dan pengeluar makanan termasuk di hotel-hotel sukar dilakukan kerana ia merupakan bahan yang sukar dikesan.

“Biasanya cuka wain ini digunakan pada makanan seperti kek dan biskut termasuk di hotel-hotel, mungkin bertujuan supaya makanan yang dihasilkan tahan lebih lama atau mungkin juga bagi tujuan menyedapkanya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penerangan Fatwa Hukum Cuka Wain di sini hari ini.

Katanya, sehubungan itu kesedaran adalah faktor penting di mana pengusaha dan pengeluar makanan perlu mengisytiharkan penggunaan cuka wain jika ia terdapat dalam produk yang mereka pasarkan, atau mereka boleh terus mengambil inisiatif tidak menggunakan bahan itu lagi dalam produk-produk mereka.

“Sebab itu saya kata kesedaran, kerana jika mereka rahsiakan maka sukar untuk diketahui kebenarannya, melainkan dengan melakukan kajian secara saintifik,” katanya.

Tamyes berkata memandangkan ada pengusaha makanan halal dalam negara yang turut dikeluarkan oleh orang bukan Muslim, maka pemahaman mengenai larangan cuka wain ini amat penting untuk disebarkan.

Beliau memberi contoh seminar hari ini yang turut menjemput orang bukan Muslim supaya mereka faham dan sedar mengenai larangan penggunaan cuka wain dalam makanan untuk pasaran halal.

Dalam pada itu, Tamyes berkata beliau percaya pakar sains di Malaysia pasti mampu mencari alternatif kepada penggunaan cuka wain dalam makanan bagi memastikan kesucian makanan halal itu dipelihara.

Beliau seterusnya menyeru supaya umat Islam megambil berat mengenai bahan dalam makanan yang diambil kerana ia penting dalam memastikan amalan di dunia dan di akhirat akan diterima Allah. — Bernama

5 comments:

Anonymous said...

Cuka di Malaysia boleh diperolehi dari nipah dan sumber pertanian lain.
Terdapat cuka yang banyak dijual dikedai-kedai dihasilkan dari petroleum distillation.
Kenapa perlu menggunakan cuka dari wine???

Anonymous said...

Bacalah cara cuka wain diperbuat baru persoalkan halal haramnya. Cara cuka wain dihasilkan adalah sehingga kandungan wain kurang daripada tahap yang memabukkan (istihalah).

Sedangkan tapai boleh dikategorikan halal...

Anonymous said...

Yg tak perlu kata mufti ialah judi dlm sebarang bentuk hukumnya haram.

Tapi UMNO halalkan judi bola....

Anonymous said...

mufti pun tak bijak patut la

Anonymous said...

jika di atas tonggang,

yg laen terbalik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails