Luton Town, Kenilowrth Road
LUTON Mei 24 10 - Satu poster iklan yang menunjukkan seorang wanita muda memakai seluar dalam dan coli telah diconteng oleh seorang individu misteri di sini, lapor sebuah akhbar di Britain semalam. Tubuh model wanita yang hanya memakai coli dan seluar dalam itu telah dicat dengan warna biru
Seorang penduduk yang tinggal berdekatan dengan poster iklan itu berkata: "Terdapat sejumlah besar penduduk beragama Islam di sini. Mungkin terdapat seseorang yang berasa tersinggung dengan iklan itu." Poster itu merupakan iklan pakaian dalam Marks & Spencer. - Agensi
Komen Blog Ibnu Hasyim: Adakah mereka terpengaruh peraturan iklan di Kelantan atau Aceh? Takkan hanya orang Islam sahaja yang tahu jaga maruah wanita, orang bukan Islam tak tahu jaga maruah. Media Agensi itu cuba meludah ke langit,? (AK)
Misteri wanita Shenzhen berbogel
|
|
SHENZHEN - Seorang gadis mengejutkan sejumlah pejalan kaki apabila dia berjalan dalam keadaan bogel di sebatang jalan raya yang sibuk di Shenzhen, China, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Gelagat gadis itu disiarkan dalam satu klip video selama tujuh minit di sebuah forum di Internet. Video itu menunjukkan beberapa wanita cuba untuk menutup tubuh gadis tersebut dengan pakaian tetapi dia menanggalkannya semula.
Gadis itu turut cuba untuk memukul beberapa orang yang mahu menutup tubuhnya dengan pakaian.
Dia membuang pakaian yang dipakianya di jalanan sebelum terus berjalan.
Seorang pejalan kaki berkata: "Dia menanggalkan pakaian yang dipakaikan padanya. Dia tidak boleh ditolong."
Menurut seorang saksi, gadis itu berjalan di jalanan selama 40 minit.
Beberapa orang berbual sesama mereka mengenai punca yang menyebabkan gadis itu berbogel.
Ada di antara mereka berkata, wanita itu mungkin berada di bawah pengaruh dadah. Gadis itu kemudian dilihat berada di dalam sebuah kedai pakaian dan keluar dengan memakai pakaian.
Menurut seorang pejalan kaki, gadis itu mahu memakai pakaian dengan sukarela.
Seorang wanita tua kemudian mendekati gadis itu dan cuba berbual dengannya namun dia enggan memberikan sebarang reaksi dan terus berjalan.
Wanita tua itu memberitahu pemberita bahawa gadis itu enggan pulang ke rumah dan menolak tawaran untuk dibawa ke rumahnya.
Menurut wanita tua itu, dia yang membeli pakaian untuk gadis itu. Namun, beberapa anggota polis kemudian tiba dan membawa gadis itu menaiki sebuah kereta polis. - Agensi
Lihat ini lain pula..
No comments:
Post a Comment