Monday, May 17, 2010

'Gadis Tiruan' Sekitar B/Polis Pudu & M/Jamek?

Kegiatan pelacuran secara terbuka tidak disenangi ibu bapa kerana bimbang mempengaruhi remaja. Jalan Chochrane jadi tumpuan mak nyah sejak lima bulan lalu.

SEBAHAGIAN pelacur tua duduk  di tepi  bangunan untuk mencari  pelanggan pada waktu tengah hari   di Lorong Wong Ah Jang, Kuantan.
Ini lain, pelacur tua duduk di tepi bangunan untuk mencari pelanggan pada waktu tengah hari di Lorong Wong Ah Jang, Kuantan. Diberitakan, kerana sukar untuk bersaing mencari pelanggan pada waktu malam, menyebabkan segelintir pelacur berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun dikesan menjadikan beberapa lorong di Jalan Wong Ah Jang di sini sebagai tempat mencari rezeki dengan menjual tubuh pada siang hari. Mengapa biarkan?

CHERAS MAC17 10: Jika sebelum ini mereka berpeleseran sambil menawarkan khidmat seks di Lorong Haji Taib dan Brickfields, kini mereka menukar lubuk baru lebih terbuka di Jalan Chochrane di sini.

Kegiatan yang mula beroperasi sejak lima bulan lalu itu bukan saja membabitkan wanita termasuk warga asing, malah ‘gadis tiruan’ atau pondan turut bertumpu di lubuk baru berkenaan sehingga menjejaskan imej kawasan sekitar.

Tinjauan Sentral selepas menerima maklumat awam mendapati sekumpulan pelacur dan mak nyah berlegar di kawasan berkenaan dengan menggoda orang ramai khususnya lelaki yang menggunakan jalan terbabit.

Kawasan itu khususnya Jalan Chochrane menjadi tumpuan pelacur dan mak nyah dipercayai kerana menjadi laluan utama orang ramai untuk ke Jalan Pudu dan Jalan Pasar yang menempatkan dua pasar raya besar, selain menjadi transit pengangkutan awam.

Tinjauan menjelang lewat malam juga mendapati aktiviti menjadi semakin rancak selepas kedai makan di kawasan itu menghentikan operasi masing-masing, sekali gus suasana menjadi gelap.

Penyamaran rakan setugas mendapati pelacur terbabit mengenakan bayaran serendah RM60 kepada pelanggan yang ingin membawa mereka ‘makan angin’ di sekitar bandar raya ini atau terus menyewa rumah tumpangan murah berdekatan.

Yang menghairankan kenapa masalah itu dibiarkan, sedangkan Balai Polis Pudu dan Masjid Jamek Alam Shah hanya sepelaung saja dari lokasi panas itu tetapi pihak terbabit seakan menutup sebelah mata.

Seorang wanita yang enggan namanya disiarkan berkata, kawasan itu menjadi lokasi pilihan keluarga dan sudah tentu senario begini membimbangkan kerana boleh memberi kesan kepada remaja serta kanak-kanak.

“Apa yang membimbangkan saya, wanita dan mak nyah terbabit yang berpakaian seksi dan mencolok mata sering dilihat remaja atau kanak-kanak yang mengikuti ibu bapa mereka membeli-belah di dua pasar raya berkenaan terutama selepas jam 6 petang.

“Saya hanya mampu menjelaskan kepada anak saya, ‘mereka itu adalah orang jahat’ dan tidak boleh dicontohi,” katanya kepada Sentral di sini, malam tadi.

Seorang lagi pengunjung yang enggan namanya disiarkan berkata, kegiatan pelacuran di kawasan itu bertumpu di lorong belakang dan kaki lima rumah kedai berhampiran sebuah bank.

“Ia boleh dikesan dengan mudah menerusi kehadiran beberapa wanita berpakaian seksi dan mencolok mata duduk atau berdiri di lorong gelap serta kaki lima.

“Mereka akan menunjukkan aksi memikat dengan tidak segan silu untuk mencuba menjerat lelaki yang memberhentikan kereta di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran mereka boleh menjejaskan imej kawasan itu, lebih-lebih lagi kegiatan ini dikesan berlaku sepanjang masa tanpa mengira waktu dan tempat. (Sumber Berita Harian/AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Setuju dengan pandangan orang ramai, mengapa masih biarkan?

1 comment:

Anonymous said...

kembalilah padaNYA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails