Thursday, May 06, 2010

Golongan Pengkid Melanda Chow Kit 'Jual Emas'

TAK MALU...pasangan pengkid yang menawarkan khidmat  ‘mahu emas’.
Pasangan pengkid yang tawarkan khidmat ‘mahu emas’..

KL Mei 6 10: Golongan pengkid kini dijadikan sasaran utama sindiket pelacuran murahan bagi memenuhi nafsu serakah lelaki miang berusia 50-an yang dikatakan ingin mengubah selera kerana sudah bosan dengan tubuh wanita. Selera luar biasa lelaki hidung belang itu menyebabkan pengkid terbabit sering didekati bapa ayam bagi menawarkan pekerjaan sambilan itu.

Mereka ini yang ramai bergerak dalam kumpulan di Chow Kit berhampiran stesen monorel, sering didekati bapa ayam yang berkeliaran di kawasan itu untuk menawarkan pekerjaan dengan bayaran tertentu.

Biasanya, mereka ini menggunakan istilah baru iaitu ‘mau jual emas’ apabila mendekati pengkid terbabit. Jika bersetuju, pelanggan sudah sedia menanti di hotel murah berhampiran.

Pengkid yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 24, mengakui pernah ditawarkan seorang bapa ayam untuk melakukan perbuatan terkutuk berkenaan.

“Saya terkejut apabila disapa sebegitu, mulanya saya tidak mengerti apa maksud sebenar, apabila saya bertanyakan, lelaki itu berkata mahu tubuhnya dijual atau tidak. Selepas itu, saya mengerti ‘emas’ membawa maksud kemaluan.

“Jika bersetuju, saya akan dibawa ke hotel murah dan diberi bayaran seperti dijanjikan,” katanya.

Menurutnya, bapa ayam terbabit sering berkeliaran menggunakan motosikal di lorong kecil di belakang hotel murah di Chow Kit untuk mencari penjual ‘emas’.

“Saya pernah melihat, seorang pelacur berusia 40-an menunggu pelanggan di dalam kereta dan berlaku sesi jual beli ‘emas’ di situ dan selepas itu mereka terus ke hotel murah berhampiran,” katanya.

Sambil menceritakan pengalamannya itu, Man yang dulunya pernah bekerja di sebuah kedai di kawasan itu, kerap melihat pelanggan keluar dan masuk hotel murah berkenaan yang dijadikan sarang pelacuran.

“Lebih mengejutkan, kebanyakan pelanggan berusia 50-an yang begitu menginginkan tubuh mereka dibelai pengkid, saya rasa mereka sukakan golongan ‘ganas’ seperti kami,” katanya.

Tinjauan Harian Metro selama dua jam di hotel yang dimaksudkan Man mendapati ia dijaga rapi beberapa bapa ayam. Difahamkan, Man yang berasal dari Pahang ini menyifatkan lelaki veteran ini lebih cenderung memilih pengkid kerana beranggapan golongan sepertinya lebih selamat daripada penyakit berjangkit seperti HIV berbanding golongan pelacur yang kerap bertukar pelanggan.

“Saya pernah bertanyakan salah seorang warga emas itu kenapa mereka lebih memilih golongan sepertinya, dia berkata pada usia emas ini, mereka sudah bosan dilayan wanita yang bersifat kewanitaan dan mahukan layanan ‘ganas’ dan lain daripada biasa,” katanya.

Man yang ditemani seorang lagi rakan pengkidnya, Zack, 21, turut mengakui pernah ditawarkan layanan seperti itu, tetapi menolak kerana tiada hati pada golongan lelaki.

Zack yang berasal dari Terengganu, berharap pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu untuk membanteras aktiviti tidak sihat ini daripada berleluasa selain menyelamatkan pengkid lain daripada tersasar jauh.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bahagian Agama atau jabatan lain yang bertanggung jawab, sila ambil perhatian.

Ciri-ciri:


i..Pengkid.

Wanita yang..
  • Berpakaian dan bergaya seperti lelaki (pakaian dan cara hidup)
  • Tubuh badan dan rambut sama seperti lelaki
  • Menjalin hubungan dengan wanita sehingga ada yang bercinta dan melakukan seks
  • Membengkung payudara
  • Suka wanita cantik
  • Menganggap diri seperti lelaki yang boleh menjaga pasangan, terutama apabila diganggu.
ii..Tomboi
Wanita yang..
  • Perwatakan seperti lelaki
  • Ada perasaan terhadap lelaki
  • Bukan lesbian (suka sesama jantina atau pengkid)
  • Minat terhadap aktiviti lasak dan mencabar
  • Ada sikap kasar dan ganas
iii. Lesbian
Wanita yang..
  • Perwatakan sama seperti wanita sejati
  • Homoseks (lesbian)
  • Memiliki sikap cemburu
  • Suka wanita cantik.
Begitu kira-kira.. Lihat, ini ada kaitan..

6 comments:

  1. mesti ambil tindakan bukan sahaj kepada mak nyah saja juga kepada golongan pengkid

    ReplyDelete
  2. kenapa ibnu fokuskan golongan pengkid jer,nape tak fokus yg mencari golongan ni?dh terang2 pengkid ni cakap yg mereka tak buat jual-beli,tp tajuk ibnu menunjukkan pengkid tersebut "menjual emas",seolah2 pengkid sekarang melacur plak..
    mr edz: ambil tindakan kpd mereka yg buat salah & dibuktikan bersalah,tak kira kpd siapa pon.

    ReplyDelete
  3. absolutely correct anonymous~~
    i'm juz a normal gurl...
    tp topix ni cm x kne lgsg ngn tajuk! sape yg jual emas tu..is it pengkid?? nope rite? so??
    bkn amek tndkn kt mk nyah o pnkg je..yg melanggan nye ape cite...??
    org tue kutuk x sedar diri lepas?? not fair!

    ReplyDelete
  4. Golongan pengkid kini dijadikan sasaran utama sindiket pelacuran murahan bagi memenuhi nafsu serakah lelaki miang berusia 50-an yang dikatakan ingin mengubah selera kerana sudah bosan dengan tubuh wanita. Selera luar biasa lelaki hidung belang itu menyebabkan pengkid terbabit sering didekati bapa ayam bagi menawarkan pekerjaan sambilan itu.

    ReplyDelete
  5. kenapa ibnu fokuskan golongan pengkid jer,nape tak fokus yg mencari golongan ni?dh terang2 pengkid ni cakap yg mereka tak buat jual-beli,tp tajuk ibnu menunjukkan pengkid tersebut "menjual emas",seolah2 pengkid sekarang melacur plak..
    mr edz: ambil tindakan kpd mereka yg buat salah & dibuktikan bersalah,tak kira kpd siapa pon.

    ReplyDelete
  6. Saya pernah bertanyakan salah seorang warga emas itu kenapa mereka lebih memilih golongan sepertinya, dia berkata pada usia emas ini, mereka sudah bosan dilayan wanita yang bersifat kewanitaan dan mahukan layanan ‘ganas’ dan lain daripada biasa,” katanya.

    ReplyDelete