Sila baca berita ini, jodol...
Wanita Islam pertama menang Ratu Cantik USA
LAS VEGAS - Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.
Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.
Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.
Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan.
Dia hampir terjatuh semasa memperagakan gaun malam. Para peserta perlu memperagakan gaun malam, memakai coli dan seluar dalam pada acara pakaian renang selain perlu menjawab beberapa soalan tertentu pada sesi temu ramah.
Semasa ditanya sama ada pil perancang kelahiran harus dibayar oleh insurans kesihatan, Rima menyatakan ia patut dilakukan kerana kos perancang itu melibatkan kos mahal. Gadis cantik itu akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Cantik Universe 2010.
Rima juga memperoleh hadiah tinggal percuma di sebuah pangsapuri di New York, diberikan wang perbelanjaan harian, gaji yang tidak didedahkan jumlahnya dan pelbagai perkhidmatan kecantikan serta kesihatan profesional.
Semasa ditanya bagaimana perasaannya selepas memenangi mahkota kemenangan, Rima berkata: "Tanyalah saya selepas saya memakan piza."
Rima memberitahu penganjur pertandingan bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian.
Panel juri terdiri daripada lapan orang termasuk bintang bola keranjang, Carmelo Anthony dan pemilik sebuah hotel, Phil Ruffin. - Agensi
Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengapa dikatakan berita di atas menghina Islam?
Pertama: Masa kebangkitan Islam di zaman Rasulullah SWT, tidak ada model ratu cantik begini disebut sebagai 'wanita Islam'. Yang ada di zaman jahiliah, iaitu yang digelar 'Ummul Jamil' (maknanya juga macam ratu cantik), terdiri dari isteri seorang pemimpin pejuang kebangsaan Arab Quraisy.
Begitu juga di zaman pemerintahan sahabat-sahabat beliau, iaitu Khalifah Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali, tidak ada benda-benda mengarut saperti itu. Jadi mengaitkan wanita bermaksiat ini dengan 'wanita Islam' adalah suatu perbuatan biadap yang menghina.
Kedua: Yang ada ialah ketika umat Islam di zaman keruntuhan dan kehancuran, selepas zaman kegemilangan tersebut. Macam-macam timbul. Di Tanah Melayu selepas merdeka budaya ratu cantik ini di import dari negara penjajah barat, bahkan menjadi kebanggaan negara ini suatu masa dulu. Bahkan ada majlis-majlis kerajaan ditonjolkan majlis ratu cantik.
Itulah kerja-kerja pemimpin UNMO pada masa itu. Sehingga terakhirnya di Selangor seorang Mufti Negeri telah diberhentikan tugasnya, antara sebabnya adalah kerana gara-gara mempertahankan pengharaman ratu cantik di negara yang Islam menjadi agama persekutuan ini. Bahkan sekarang pun masih ada tetapi tidaklah dikaitkan dengan wanita Islam. Bahkan media di Malaysia pun masih menonjolkan perdedahan auarat wanita seperti tersebut cuma bertopengkan di balik pertandinagn fensyen, lagu dan lain-lain.
Arab-American wins Miss USA May 17, 2010
Loading player
This video will automatically play after a 5 second delay.
Ada kaitan...
No comments:
Post a Comment