Tuesday, May 11, 2010

Isu 'ALLah' BN Kalah Hujah, K/Polis Campur Tangan.


SIBU, 11 Mei 10: Selepas terasa sukar untuk berlawan hujjah dengan Pakatan Rakyat dan DAP dalam isu penggunaan nama Allah, hari ke empat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu menyaksikan polis masuk campur dan menghalang isu nama Allah disentuh dalam kempen.

Ketua Polis Sarawak SAC II Huzir Mohamed mengeluarkan kenyataan melarang penggunaan isu “Allah” sepanjang kempen atau akan berdepan tindakan ISA atau Akta Hasutan.

“Kami telah mengawasi ceramah yang dibuat dan mendapati sesetengah parti menggunakan isu kalimah Allah," kata Huzir dalam sidang media hariannya.

“Ini adalah isu sensitif. Kami nasihatkan semua parti berhentikan menggunakan isu ini secara menyeluruh.

“Jika ada mana-mana pihak berkeras menggunakannya, kami akan ambil tindakan di bawah Akta Hasutan atau ISA. Kepada semua parti, jalan bawa masalah yang tidak perlu," katanya dalam sidang media itu.

Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan tersebut membuktikan Umno BN kini semakin terdesak.

Mengulas lanjut, Siti Mariah berkata, larangan tersebut dibuat mungkin setelah melihat isu tersebut yang dibawa DAP mampu mempengaruhi pengundi berbanding isu negara Islam yang dibawa BN melalui SUPP.

"Setiap kali Umno BN hadapi masalah yang mereka tidak boleh tangani dengan hujah, mereka akan guna undang-undang dan polis.

"Kenapa Umno BN harus takut,” ujarnya kepada Harakahdaily.

BN sepanjang empat hari kempen mereka, menggunakan isu negara Islam bagi menanam kebencian 52 peratus masyarakat Kristian di parlimen itu kepada DAP. Poster dan billboard mereka membawa mesej "undi DAP sama seperti mengundi PAS untuk menubuhkan negara Islam".

Manakala DAP pula memberi penjelasan berhubung isu penggunaan kalimah Allah sebagai serangan balas bagi memancing undi bukan Islam khususnya di kalangan penganut Kristian. Siti Mariah yang berada di Sibu sejak hari penamaan calon lagi berkata, apa yang dibuat Pakatan Rakyat hanya sekadar memberi penjelasan berhubung keadaan sebenar polemik penggunaan kalimah tersebut.

"Mereka buat tidak apa, tapi kita buat tak boleh.

"Mereka yang mulakan dan bila kita jawab mereka dah tak boleh handle lagi," kata Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebelum ini berkata penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi.
Bagaimanapun di Semenanjung, penggunaan kalimah itu tetap tidak dibenarkan di dalam sebarang upacara keagamaan termasuk penerbitan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata, memang benar Negara Islam adalah matlamat PAS tetapi ia bukannya matlamat Pakatan Rakyat.

DAP mengakui 'Negara Islam adalah matlamat PAS' tetapi UMNO tidak mengakui PAS memperjuangkan Negara Islam. Bila PAS nak buat hudud di Kelantan, UMNO kata itu 'hudud PAS', bukan hudud Islam. Jadi mana lebih baik antara UMNO atau DAP?

Mengenai tema 'Undi DAP bererti undi untuk PAS dan negara Islam', ianya memang berkesan melumpuhkan pembangkang Cina dalam PRU1999, tetapi 9 tahun kemudian sudah dikebumikan apabila tsunami politik melanda negara PRU 2008.

Atas dasar itulah, di Kuala Sepetang, Perak, 84% pengundi Cina beri undi pada calon PAS, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang. Atas dasar itulah juga, 82.5 peratus penduduk Cina Rasa, Hulu Selangor beri undi kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Jadi, su perkauman itu sudah tidak laku lagi di Semenanjung. Faham perkauman sempit yang diperjuangkan UMNO sudah mulai basi, tidak laku lagi masa kini.. (AK)

Lihat ini, ada kaitan..

1 comment:

Anonymous said...

Apa punya bangsat parti PAS, hingga sanggup dipergunakan oleh DAP.PAS parti kasta paling rendah dalam Pakatan haprak telah memohon derma kepada penyokong mereka di seluruh negara untuk kempen DAP di Sibu.



Rayuan Dari Dr Mariah teleh tersebar di blog dan facebook memohon sumbangan kewangan.

"Tolong masuk dalam Weblog dan Facebook saya, kami perlukan sumbangan kewangan dari Penyokong Pakatan Rakyat untuk kami buat program-program MESRA RAKYAT di lokaliti-lokaliti Melayu, juga untuk membiayai kos pengangkutan pengundi pada hari pilihanraya nanti (16 Mei 2010).

Nanti saya akan fowardkan No Akaun saya, tolonglah MERAYU.

Saya akan kemukakan jumlah yang di masukkah dalam akaun saya nanti untuk ketelusan ... Dr. Mariah"

NO AKAUN : MAYBANK : 5627 4005 1315 (SITI MARIAH BINTI MAHMUD)

Nota :YB Dr Mariah boleh dihubungi di talian 019-2361889


PAS memohon bantuan kewangan dari penyokong mereka semata mata untuk membantu tuan DAP,hairan dengan tingkah laku PAS.

Dalam pemerhatian sejak kempen prk Permatang Pasir hinggalah di Bagan Pinang,DAP langsung tidak membantu PAS semasa waktu berkempen,kesemua gerak kerja jentera pilihanraya dilakukan oleh PAS.

DAP hanya datang sebagai bos ibarat melawat anak buat membuat kerja,tidak ada langsung bantuan kewangan diberikan kepada PAS semasa pilihanraya.

Prk Sibu yang bertanding adalah calon DAP,tetapi PAS pula lebih kuah dari sudu. Barangkali PAS terlalu sayangkan suami sumbang mahram DAP hingga sanggup melakukan apa saja demi kebahagian perkahwinan haram mereka.

Sokongan PAS kepada DAP jelas membawa rebah,prinsip dilacurkan demi menagih kuasa yang entah tidak kemana
" PAS sanggup buat apa saja ,asalkan DAP bahagia"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails