KL2010/05/02: JILAT dan lekat atau parti liar lesbian. Itulah permainan yang disediakan penganjur untuk pengkid dan lesbian yang menghadiri satu pesta khusus untuk golongan itu di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi semalam.
Wartawan Metro Ahad menghadiri pesta berkenaan selepas mendapat aduan orang ramai dan mendapati promosi mengenainya turut dibuat secara terbuka menggunakan laman sosial facebook di Internet. Pesta terbabit bermula kira-kira jam 11 malam kelmarin dan acara kemuncaknya ialah permainan jilat dan lekat yang bermula kira-kira jam 1 pagi.
Bagaimanapun, usaha wartawan untuk merakam gambar aksi lucah golongan pengkid dan lesbian terbabit sukar kerana penganjur mengambil langkah berhati-hati dengan mengarahkan lampu disuramkan hingga hampir gelap. Apabila masa ditetapkan tamat, satu pasangan diisytiharkan pemenang dan selepas itu semua pengunjung mula berpesta kembali dengan pasangan masing-masing.
Sebelum permainan berlangsung, banyak juga adegan menjijikkan dapat disaksikan di dalam pusat hiburan terbabit membabitkan pengkid serta pasangan mereka. Ada yang mengambil kesempatan untuk bercumbu, malah mengusap mana-mana bahagian tubuh pasangan tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Dalam masa sama orang sekeliling juga seolah-olah tidak kisah, malah ada yang bertukar-tukar pasangan. Jika dilihat daripada segi umur, sebahagian besar pengunjung berusia belasan hingga 20-an. Pengkid berpakaian lengkap dan penuh aksesori manakala pasangan masing-masing pula berpakaian seksi.
Sementara itu, di Ampang premis sebuah pusat hiburan di Pandan Jaya, walau berkali-kali diserbu, taukenya berterusan menggunakan pelayan pelanggan (GRO) warga asing dipercayai pendatang tanpa izin. Premis yang menawarkan karaoke dan bar ini menggaji wanita warga asing sebagai pemanis dengan pakej ‘seks ringan’.
Dalam serbuan terbaru di pusat hiburan itu lewat malam kelmarin, seramai 15 GRO ditahan sepasukan polis Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman. Operasi dengan kekuatan anggota seramai tujuh orang itu diketuai Asisten Superintendan Khairi Anuar Rusli dan bermula kira-kira jam 11 malam.
Menurut Khairi, premis yang baru lapan bulan beroperasi itu diserbu tiga kali sejak tahun lalu tetapi masih berdegil melakukan kesalahan sama. Menurutnya, pihak berkuasa akan menggempur pusat hiburan, khususnya di ibu negara, bagi membendung lambakan pekerja asing tanpa izin, lebih-lebih lagi yang melakukan kerja haram.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Nampaknya pemerintah dan pihak bertanggung jawab masih tidak mampu mengawal kemaksiatan, pusat hiburan dan lain-lain. Tidak adakah usaha-usaha untuk menyiasat dan mengkaji semula undang-undang yang tidak mampu dilaksanakan di negara yang mengaku negara Islam di sini? Mengapa masih biarkan undang-undang yang tidak memberi kesan yang menyeluruh itu?
No comments:
Post a Comment