KINI saya masih di Medan.
"Wa 'alaikumus salam!" Saya jawab balik telefon dari kawan saya orang Medan itu.
"Kamu ingat ngak, perjumpaan di sebelah malam di rumah wakil rakyat Manggeng, Aceh, di mana cadangan saya membuat kilang bata dibincangkan. Berapa modal wang dan bagaimana mendapatnya? Di mana saya mencadang membeli sebuah bukit kecil di situ, dan buat kilang baru. Tetapi pandangan kamu lebih diterima mereka, iaitu gunakan kilang orang kampung yang ada tetapi terbengkalai kerana berbagai alasan, dan atasi masalah tersebut."
Katanya, mengingatkan balik perbincangan dua tiga bulan lalu. (Lihat balik... 3 Perkara, Bermulalah Usahaniaga Remaja Aceh siri6..). Tetapi perbincangan sebelah malamnya, tak sempat saya catatkan dalam catatan perjalanan saya.
"Ya, ingat. Mengapa?"
"Bukit yang kita lihat dan cadang supaya di beli dulu, tapi tak jadi.. dan telah dibeli oleh orang lain, orang tempatan untuk buat kilang bata juga, rupanya ada emas di dalamnya. Sekarang dalam proses mengeluarkannya dengan kebenaran pemerintah..." Jelasnya.
"Aaa, kayalah pembeli itu. Al-hamdulillah. Rezeki tidak menyebelahi kita.." Kata saya.
Teringat saya, diceritakan disebuah tempat di Aceh, beberapa orang Eropah menyewa sebuah rumah di kaki bukit. Bertahun-tahun mereka tinggal di situ, orang tidak tahu apa kerja mereka. Hari-hari kelihatan menunggang basikal sebagai pelancong sahaja. Akhirnya bila mereka pulang ke negaranya, barulah dijumpai kesan peninggalan, ada sebuah lobang besar dari belakang rumah sewa mereka terus ke dalam bukit. Itulah tempat mereka mengorek dan mencuri emas dibawa keluar dari bumi Aceh..
Begitu juga dengan cerita beberapa pemuda Mangging hari itu, bahawa mereka pernah dibayar oleh seorang ahli bisnes dari Malaysia, supaya membawa alat pengesan sewaktu mendaki bukit-bukitan di Aceh. Rupanya, akhir baru mereka tahu, alat itu adalah alat pengesan bahan galian yang ada di bumi Aceh.
Kawanku orang Medan itu bertanya lagi, "Kamu ingat lagi ngak.. orang yang mengupah pemuda Manggeng membawa alat pengesan mendaki bukit dulu?"
"Ya.. Kenapa?"
"Dia masih ada di Aceh sekarang. Dia dikatakan sedang dan telah berusaha membeli sebuah puncak sebuah bukit di Aceh." Katanya.
"Eh.. Bahaya tu. Bukan puncak saja yang akan dikuasai, bahkan seluruh bukit akan dikebasnya." Saya jawab, dan.. "Siapa namanya?"
"Dia orang Cina. Tapi namanya Tengku.. eh tak ingat pula. Takkan orang Cina dapat gelaran Tengku?" Dia cuba ingat-ingat balik. "... Ya, namanya Tengku Wong!"
Terkejut saya. Saya pernah dengar nama ini di Malaysia, semasa di zaman pemerintahn Dr Mahathir lagi. Kini saya dengar nama ini di Medan, dan kisahnya di Aceh pula. Betui ke??
Sekian. Bersambung...

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL. Mei 10, 10.
Catatan perjalanan sebelum ini siri Medan-Aceh...
- Kahwin Antaragama Sudah Ada Di Malaysia siri9
- Tsunami: Masih Adakah Pesona Mata Biru? siri8 (2)
- Pesona Mata Biru Di Lamno Yang Pemalu... siri7(1)
- 3 Perkara, Bermulalah Usahaniaga Remaja Aceh siri6..
- Aceh: Rindu & Ingatanku Pada Rumah Allah. siri5
- Hamzah Fansuri: Penulis Pertama Menulis Syair B/Melayu siri4
- Sibolga-Aceh: Gadai Nyawa Untuk Dakwah siri3
- 2 Perkara Muqaddimah Usahawan. Ole-Ole Dari Malaysia siri2
- Kota Medan Kini Aman, Raja Mafianya Tinggal Sejarah siri1
- Gemercik Air Di Gunung, Tandanya... siri14
- Tafsir Quran Melayu Pertama, Adalah Dari Ulama Sin... siri13
- Peranan Agama & Ulama Singkil.. siri12
- Aceh: Pekan Koboi Islam Di Singkel..siri11
- Batak Toba Keturunan Israel.. siri10
- Pertemukan Antara 2 Batak.. siri9
- Jakarta, Mengapa Tolak Partai Islam? siri8
- Ibnu Hasyim Ikut Jalan Laut Ke Mindanao, Terus Kel...siri7
- Gadis Minahasa/Manado, Apa cantiknya? siri6
- 'Jerusalem of Indonesia', Bahayakah Pada Asia?siri5
- Pahlawan Gua Selarong Dibuang ke Menado.. siri4
- Manado Tempat Syahid Pejuang Islam? siri3
- Kota Gereja, Patung & Salib..siri2
- Menado: Perjalanan Dalam Laut.. siri1
No comments:
Post a Comment