Katanya, masyarakat Cina juga kini bukan sahaja memahami Islam tetapi mereka juga tidak lagi beranggapan masyarakat Islam sebagai golongan ekstremis.
PAS, menurut beliau tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana parti lawan itu lebih kuat daripadanya.
Mengenai kerjasama dengan Barisan Nasional, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pengalaman lalu juga mengajar PAS agar tidak mengulangi kesilapan bekerjasama dengan Umno sebelum disingkir.
"...kita ditendang begitu sahaja apabila kita tidak diperlukan. Pengalaman itu sudah cukup memberi pengajaran kepada kita, kita tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang lebih kuat daripada kita," kata Nik Aziz pada kuliah mingguannya, di Kota Bharu hari ini.
Nik Aziz berkata PAS mempertimbangkan faktor kekuatan setara itu berasaskan prinsip 'menang-menang' yang hanya boleh dicapai jika kedudukan kedua-dua parti sama kuat.
"Islam mengajar supaya kita bekerjasama dengan pihak lawan, jika kedudukan kita sama kuat barulah kerjasama itu mencapai matlamat, kalau tidak kita mudah ditindas," katanya. (AK)
Nik Aziz?
ReplyDeleteRelevan lagi ke dia nie, kubor da kata mari , umah kata nanti ;lagi sebok nk pecah belahkan umat islam..dia nie pon sama jer ngn Samy Veloo..xreti reti lagi umor da senja..hubuddunia..konon zuhud, tapi jawatan takmo lepasakan nak bawak sampai lubang kubor.
anon.. kalo x relevent pas x menang byk kerusi la ngok. ko ni reti politik ka tidak. nik aziz bkn je islam suka, cina ma org india pun suka dia. jgn sama kn c samy. dia tu semua pun x suka.
ReplyDelete