Saksi Pertama:
Saksi utama insiden Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis berkata, remaja itu rebah di ribanya selepas terkena tembakan ketika dikejar kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 di sini, awal pagi Isnin lalu. Pengakuan saksi utama itu terkandung dalam laporan polis yang salinannya diedarkan kepada media hari ini.
Laporan polis dibuat kira-kira 9.40 malam hari kejadian. Menceritakan detik-detik yang membawa kepada insiden itu, saksi berkata, dia dan Allahyarham Aminulrasyid memutuskan untuk berjumpa dengan seorang rakan mereka Seksyen 7 Shah Alam kerana tayar motosikalnya pancit kira-kira 12 tengah malam.
“Semasa hendak ke sana, kereta yang dipandu Aminulrasyid telah tergesel dengan sebuah kereta lain menyebabkan arwah menjadi takut dan melarikan diri untuk pulang ke rumah di Seksyen 11.
“Ketika hendak keluar dari kawasan restoran Ali Mamak, kami dikejar oleh beberapa motosikal dipercayai rakan kepada kereta yang kami tergesel.
“Sebaik sahaja sampai di Bulatan Kayangan Seksyen 12, salah sebuah motosikal tadi hendak memotong kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penungggang itu terjatuh,” kata saksi itu dalam laporannya. Menurutnya, rakannya dikatakan terlalu takut dan terus memandu laju kereta lalu memotong kereta peronda polis menyebabkan kenderaan itu terus mengejar mereka.
“Aminulrasyid bertambah takut dan memandu dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan orang awam.
“Kereta peronda terus mengejar kami sehingga ke Stesen Minyak Caltex Seksyen 11 dan ketika itu saya terdengar bunyi tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang menyebabkan kereta yang dipandu terhoyong-hayang dan tergelincir tetapi masih dapat dikawal.
“Semasa mendengar tembakan terakhir yang terkena kepala Aminulrasyid menyebabkannya jatuh ke atas riba saya dan saya nampak bahagian kepalanya berlubang dan berdarah,” kata saksi yang juga seorang pelajar.
Saksi yang juga kawan baik mangsa berkata, kereta tidak lagi dapat dikawal lalu melanggar tembok rumah lalu berhenti.
“Saya keluar untuk menyerah diri tetapi salah seorang anggota polis menendang saya dari belakang dan kemudian anggota yang lain turut memukul dan memijak saya beramai-ramai.
“Saya meronta-ronta serta dapat melarikn diri daripada mereka lalu balik ke rumah. Saya cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala,” katanya dalam laporan polis itu yang diedarkan pada sidang media Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Saksi Kedua:
Khalid berkata saksi kedua telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini malam tadi. Laporan itu dibuat oleh Zafrullah Ahmad Zainal Abidin yang merupakan jiran mangsa. Dalam kejadian awal pagi Isnin lalu, Aminulrasyid mati terkena tembakan polis manakala rakannya, saksi itu didakwa berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 Shah Alam.
Berdasarkan laporan media sebelum ini dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Aminulrasyid, anak bongsu daripada lapan beradik dilaporkan terkena tembakan yang dilepaskan oleh anggota polis peronda apabila dia disyaki cuba mengundurkan kenderaan yang dipandunya untuk melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya.
Ahli Parlimen Shah Alam
Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga, menyeru lebih ramai saksi kes pelajar - Aminulrasyid Amzah - yang kena tembakan polis, tampil memberikan maklumat berhubung kejadian pada awal pagi Isnin itu. Katanya, langkah itu dapat membantu polis mendapat gambaran menyeluruh berhubung kejadian tersebut, sekaligus dapat menyelesaikan siasatan mereka dengan segera.
Khalid berkata, mungkin ramai lagi saksi dalam kes tersebut, seperti pelanggan di restoran berdekatan tempat kejadian, tidak tampil ke hadapan kerana merasakan maklumat mereka tidak relevan.
"Saya menyeru dan berharap lebih ramai saksi (pada malam kejadian) dapat tampil menceritakan apa yang berlaku.
"Jangan anggap maklumat yang ada pada mereka, walaupun sedikit, tidak relevan kepada kes tersebut," katanya ketika mengulas laporan polis berhubung kejadian tersebut, yang dibuat oleh seorang jiran arwah malam tadi.
Jiran arwah tersebut - Zafrullah Ahmad Zainal Abidin - yang mendakwa berada di tempat kejadian selepas insiden berlaku, membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11 pada jam 10 malam tadi. Beliau ditemani peguamnya Fadiah Nadwa Fikri dan empat lagi peguam daripada kumpulan peguam Lawyers for Liberty. Khalid turut hadir mengiringinya Zafrullah bagi tujuan itu malam tadi.
Dalam aduannya itu, Zafrullah Ahmad mendakwa melihat keadaan mangsa dan kereta arwah sejurus selepas kereta yang dipandunya terbabas dalam parit di Jalan Makyong, berdekatan dengan rumahnya di Jalan Silat Gayong.
Khalid turut menolak gesaan sesetengah pihak supaya ahli politik tidak membabit diri dalam kontroversiti tersebut. "Saya rasa apa yang dimakudkannya itu ialah (supaya ia) tidak dipolitikkan. Sebagai ahli parlimen, kejadian menimpa penduduk dalam kawasan saya, mestilah saya turut terlibat," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, polis hari ini dilaporkan telan menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut kepada timbalan pendakwa raya (DPP) bagi tindakan selanjutnya. (AK)
Lihat sebelum ini...
- Kes Aminulrasyid: Ke Parlimen Esok, UMNO Siap Guaman
- Kes Aminulrasyid: Tubuh Suruhanjaya Bebas -Mahfuz Omar
- Kes Aminulrasyid: Gobind Sigh, Dr Lo' Lo' & Saksi.
Saksi utama insiden Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis berkata, remaja itu rebah di ribanya selepas terkena tembakan ketika dikejar kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 di sini, awal pagi Isnin lalu. Pengakuan saksi utama itu terkandung dalam laporan polis yang salinannya diedarkan kepada media hari
ReplyDeleteDalam perkembangan berkaitan, polis hari ini dilaporkan telan menghantar kertas siasatan berhubung kes tersebut kepada timbalan pendakwa raya (DPP) bagi tindakan selanjutnya. (AK)
ReplyDeleteJiran arwah tersebut - Zafrullah Ahmad Zainal Abidin - yang mendakwa berada di tempat kejadian selepas insiden berlaku, membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11 pada jam 10 malam tadi. Beliau ditemani peguamnya Fadiah Nadwa Fikri dan empat lagi peguam daripada kumpulan peguam Lawyers for Liberty. Khalid turut hadir mengiringinya Zafrullah bagi tujuan itu malam tadi.
ReplyDelete