Menurut kenyataan SSM, modus operandi syarikat tersebut ialah menawarkan penjualan lot pelaburan rumah burung layang-layang kepada orang awam tetapi hak pengurusan dipegang syarikat.
"Syarikat ini menjanjikan pulangan kepada peserta dengan pembahagian keuntungan mengikut nisbah 80:20.
"Peserta skim berkenaan juga diyakinkan dengan nilai penjualan kasar sarang burung yang kononnya boleh mencecah nilai RM120,000 sebulan sekiranya pelaburan maksimum dilakukan," kata kenyataan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, siasatan kes tersebut dibuat mengikut peruntukan Seksyen 84(1) dan Seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965. Serbuan itu dibuat setelah pemantauan berterusan selama beberapa bulan terhadap syarikat itu.
Blog Ibnu Hasyim: Sudah kena baru siasat? Belum hukum bersalah dan tangkap lagi pun penyamun tersebut. Tak boleh ke cegah sebelum parah?
- Lagi Skim Pelaburan Tipu, Burung Layang-layang Melayang
- 90 Aduan, 50000 Kena Tipu, Kerajaan BN Tak ...
- Tertipu Dengan Skim Cepat Kaya… Apa Patut Buat?
- Penipuan Kutu Pintar 1 M'sia, Orang Ramai Hati-hati..
1 comment:
Saya sedang berusaha utk menuntut semula wang peserta yg terlibat dlm aeroswift consultancy sdn bhd. Hubungi saya Jafre 0135053325
Post a Comment