Tuesday, May 11, 2010

Laporan Polis Pada Nik Aziz & Guan Eng

SHAH ALAM MEI 10,10: pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKAS) Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Laporan terhadap kedua-dua pemimpin parti pembangkang itu dibuat oleh Yang Dipertua Perkasa Selangor Abdullah Mansor di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 3.25 petang tadi.

Abdullah berkata laporan dibuat terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan kerana mempertikaikan larangan Sultan Selangor supaya tidak berpolitik di masjid dan surau yang tidak mematuhi Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1996.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata laporan yang dibuat terhadap Lim adalah berhubung kenyataannya pada sesi penggulungan di sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini yang menuntut supaya Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan.

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu merupakan satu prejudis dan hasutan yang boleh menimbulkan ketidaktentuan, rasa gelisah dan persepsi buruk rakyat terhadap Polis Diraja Malaysia, katanya.

"Ia juga merupakan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong di mana pelantikan Ketua Polis Negara adalah dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Katanya dalam laporan itu, PERKASA juga meminta Lim tidak lagi menggunakan nama Khalifah Umar Abdul Aziz dalam mana-mana ucapan, penerbitan atau lain-lain bentuk komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam.

- Bernama

4 comments:

Anonymous said...

Jadikan perletakan jwtn sebagai budaya.

So, bila tak boleh buat...elok berhnti kerja.

Anonymous said...

salam to all...

aku nak tanya kalo ada geng perkasa kat ini.antara bangsa dan agam mana lebih penting.skang ni melayu banyak yang berjudi apasal perkasa tak bising pun.

Anonymous said...

nampak dangkal bukan memperkasakan diri secara yg betul/amannah tapi memperbodohkan diri yg batil...ini jenis mahluk manusia yg betul2 jauh terpesong...
dikatakan bodoh nanti marah wahai manusia angkatlah AGAMA ISLAM itu dulu ditempat yg tinggi sebelum memperhambakan dan memperbodohkan diri dijalan yg batil

pengampu padajln yg salah

Anonymous said...

perkasa sgor tak ingin ke buat laporan terhadap dr mahathir......ada takut ke????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails