Lufti menunjukkan buku nikah suami dan isteri dikeluarkan KUA. Nilai yang seolah-olah tidak masuk akal itu didedahkan kepada wartawan Harian Metro oleh Staf Kara Bidang Bimbingan Perkahwinan dan Zakat Wakaf, Balai Nikah, Kantor Urusan Agama (KUA) Kecamatan Mataram, Lombok, Lufti Kahar ketika ditemui di pejabatnya di Mataram, Lombok, baru-baru ini.
KL MEI 29 10: Seperti harga sekeping roti canai sardin di negara ini, hanya 7,500 rupiah atau sekitar RM2.80 sen saja! Itulah kadar denda maksimum yang dikenakan terhadap pasangan yang melanggar undang-undang perkahwinan di Pulau Lombok, Indonesia.
Menurutnya, denda itu termaktub dalam Pelanggaran Perkahwinan Undang-undang 2, Nombor 1 (1974) dan Peraturan Pemerintah Nombor 9 (1975) Fasal 45.
“Mengikut undang-undang, umur perempuan boleh bernikah mesti melebihi 19 tahun, manakala umur calon lelaki perlu lebih 21 tahun.
“Wanita bawah umur 19 tahun mahu bernikah perlulah mendapat keizinan kedua-dua orang tuanya dan orang tua pihak lelaki dengan tandatangan, begitu juga sebaliknya.
“Namun, memang ada pasangan melaksanakan nikah biarpun umur tidak mencukupi dengan menggunakan petugas nikah (kadi) yang tidak diiktiraf KUA,” katanya.
Mengulas lanjut, Lufti berkata pihaknya tidak berani sama sekali mengisytiharkan pasangan berkenaan sebagai suami isteri akibat ketiadaan buku nikah dikeluarkan KUA sebab tidak melalui petugas yang sah.
Katanya, pasangan yang masih ingin meneruskan pernikahan mereka diwajibkan membayar denda maksimum 7,500 rupiah. Demikan menurut sumber myMetro Online.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Sebenarnya itulah proses mempermudahkan perkahwinan yang sah seperti dikenhendaki oleh Islam, walaupun ada perkara-perkara kecil perlu diperkemaskan. Bukan seperti yang dikenakan di Malaysia kepada pasangan Malaysia yang berkahwin di luar kariah. Bahkan berkahwin secara sah pun dipenjara seperti yang berlaku kepada Bung Mokhtar seorang ahli parlimen.
Kementerian pengurusan wanita pun sibuk menyiasat orang berkahwin sah, tetapi yang bersekedudukan tanpa nikah pura-pura tutup mata. Kenapa? Kerana negara berdasarkan sekularisme, tidak berdasarkan Islam.
Ada parti politik (UMNO) kononnya hendak menyelamatkan pasangan yang telah berkahwin dan berhijrah ke negara jiran, dengan berbagai alasan. Konon dilarikan nikah di luar, hidup menderita dalam kemiskinan, dan berbagai alasan tak menasabah. Mengapa tidak ambil kisah pesangan di Malaysia yang miskin? Mengapa tidak siasat remaja yang bersekedudukan tanpa nikah, bahkan ada yang mengaku terang-terang?
Jelasnya dalam negara yang baik, rakyat yang jahat susah. Dalam negara mungkar rakyat hendak buat baik jadi susah!
Lihat antara contoh-contohnya dalam kes di bawah ini..
- Kahwin: Pemuda Indo Larikan Gadis Malaysia.
- Pelajar Pintar Hilang, Dah Jumpa. Sihat & Kahwin.
- Shahrizat, Mengapa Tak Siasat Rinci Kes-kes Begini?
- Janji Syurga Kahwin, Siasat. Tak Kahwin Ke Neraka, Tak Siasat?
- Lari Rumah Dirogol Anak Polis.. Salah Siapa?
- Rita & Suami, Kahwin Luar Kariah Pun Didenda...
- Bung Mokhtar: Komen Dr Mohd Asri & PKR.. PAS?
1 comment:
mudahkan je pernikahan untuk mengelakkan kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa. restui je lah pasangan yang nak brnikah..tak perlu halang.
Post a Comment