Thursday, May 06, 2010

Orang Asli: Serangan Kristian PKR, Apa Sikap PAS?

Catatan Santai Ibnu Hasyim

Renungan masa depan genersi baru orang asli..
Gambar bawah: Dr Mujahid.

TERTARIK saya melihat pandangan Blog Warta Shubhi' COAC Desak JHEOA DiTutup Sahaja, The Nut Graph Mem...'

Menurut blog itu, Centre For Orang Asli Concern atau singkatannya (COAC), merupakan NGO yang bergerak atas matlamat membantu dan memelihara kehidupan orang asli yang terdapat di Malaysia. COAC dengan terbuka menyatakan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat. Pada saya (Ibnu Hasyim), itu cukup baik!

Kata blog itu lagi, "Namun apa yang amat menyedihkan, organisasi ini sejak akhir-akhir ini seperti mengorek segala aktiviti atau usaha mengislamkan orang asli yang dilakukan oleh berbagai pihak."

Contohnya, baru-baru ini, koordinatornya Dr Colin Nicolas begitu lantang sekali mempersoalkan penglibatan JHEOA dalam usaha mengislamkan orang asli. Sila klik di sini untuk temubual beliau dengan The Nut Graph. Mereka juga menjadikan buku penulisan seorang anthropologist dari Jepun, Nobuta Toshihiro yang menjalankan kajian orang asli di Malaysia dalam tahun 1990.

Nobuta mendakwa bahawa terdapat pertanda yang amat jelas bahawa polisi JHEOA adalah untuk mengislamkan orang asli di Malaysia. JHEOA bersama dengan Jabatan Agama Islam telah melatih seramai 250 pendakwah dalam usaha mengislamkan mereka pada tahun 1991 dan kumpulan ini dinamakan sebagai 'penggerak masyarakat'.

Kata blog itu lagi,

"Saya tidak mempersoalkan matlamat JHEOA yang giat berusaha menyesuaikan orang asli dalam arus pembangunan dan berusaha menjadikan mereka sebagai orang Islam, tetapi yang kita persoalkan ialah bagaimana aktiviti dakwah tersebut dijalankan.

"Jika dilihat dari serangan COAC terhadap JHEOA, ia menunjukkan bahawa usaha dakwah tersebut telah dijalankan atas kepentingan politik, maka saya kira disitulah munculnya konflik yang memesongkan matlamat suci berdakwah.

"Kita sepatutnya berdakwah atas dasar agama serta ikhlas menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam, lagi pun tiada lansung halangan bagi umat Islam di Malaysia ini menjalankan usaha dakwah pada penganut agama selain dari Islam. Parti mana yang mahu disokong oleh orang asli selepas itu adalah hak individu orang asli tersebut.

"Dengan munculnya COAC yang terang-terangan menyokong PR, timbul satu lagi pihak yang berusaha mendekati dan membantu orang asli yang pasti mempunyai unsur politik agar orang asli memihak kepada parti yang mereka sokong. Satu lagi masalah yang bakal timbul adalah mereka yang bergiat aktif dalam COAC merupakan individu yang beragama Kristian, maka akan timbul pula usaha mengkristiankan orang asli di Malaysia.

"Dalam rekod selama ini, orang kristian amat berjaya mengkristian orang asli kerana keunikan serta kesungguhan mereka memikat hati orang yang mereka hampiri. Mereka mempunyai tenaga serta sistem yang teratur dan terurus dalam usaha mereka tersebut.

"Satu lagi yang saya persoalkan ialah di mana orang PAS dalam usaha menghampiri penduduk orang asli ini? Adakah Pas mempunyai satu badan NGO yang khas menumpukan aktiviti mereka mendalami serta memahami keadaan orang asli di Malaysia seperti mana PKR yang mempunyai COAC?.

"Mungkin orang Pas akan berkata, kita sibuk berdakwah pada orang tak asli Malaysia yang masih lagi tidak mengamalkan Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidup?

"Walau apapun gerakan COAC serta The Nut Graph mencari kesalahan terhadap aktiviti mengIslamkan orang asli adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam di Malaysia." Begitu pandangan blog tersebut.

Jadi kebimbangan ini timbul adalah kerana adanya gerakan melalui NGO menyokong (mungkin mempergunakan) PKR atau PR, yang mendakyahkan Kristian di kalangan orang Asli di negara ini. Hal menyentuh perasaan orang Islam yang juga bernaung di bawah PR, terutamanya PAS. Dalam pengalaman saya mendampingi orang asli, saya boleh tunjukkan bukti ada seorang isteri Tok Batin di Gombak berugama Islam yang tukar agama menjadi Kristian, sehingga terpaksa bercerai-berai dengan suaminya.

Solusi:

1.. Perlu diwujudkan sebuah NGO untuk membebaskan pemikiran orang asli dari pemahaman yang mundur ke arah pembangunan ruhani dan jasmani. Pertubuhan ini perlu mendampingi orang asli. Tidak kira parti, kerana kalau perjuangan tertumpu sepenuhnya kepada Islam yang syumul, tanpa disaluti selut-selut asobiah, maka pertautan dengan 'tali Allah' itu akan terjalin.

2.. PAS perlu menggerakkan Lajnahnya ke arah mendampingi orang asli. Mungkin Lajnah Perpaduan Nasional di bawah Dr Mujahid, atau perlu diwujudkan sebuah Lajnah baru.

Sekian. Jika ada respon, saya akan sambung lagi, insyaAllah.


Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL. Mei 06, 10.

Lihat, ada kaitan...

6 comments:

Unknown said...

bah gantex,

Kebanyakan staff JHEOA pun byk yg bagang belaka,mereka tahu OA byk yg bukan beragama islam kenapa ada IC mereka kebanyakan "bin" dan "binti"atau A/l dan A/P sedangkan OA harus di selaraskan anak2 mereka seperti "anak kepada".
Inilah kebodohan JHEOA selama ini yg diharapkan olah jabatan pendaftaran negara, apa kah semua ini...

anoaini said...

Bin dan Binti bagi org Asli yg dah Islamlah...siapa yg bangang. Lain lah jika penulis org asli dan bukan Islam tetapi dibinkan atau dibintikan..

anoaini said...

...bila IC org asli apakai bin atau binti bermakna mereka telah Islamlah tu......melainkan kalau semua pakai bin dan binti bolehlah kata JHEOA bangang.

sbb mmg agak ramai org asli dah Islam di Malaysia....

Anonymous said...

ko lg bangang atuk aku pun pakai bin sbb org dulu xtahu nk letak aper pelajaran kurang so jeoa sepatutnyer bertanggungjawab sbb masalah ini sudah lama siap bg cadangan lagi.walaupun oa byk beraganma islam tp nko jgn bangga sangat sbb mereka islam pd nama saja dan nko jgn bangga ek sbb agama nko bagus sgt mereke yg peluk tu xtahu ape2 cara korang melayu islam mmg bangang betoi...

Anonymous said...

Jadi nak mudah cerita, bila beranak pergi daftar sendiri surat beranak anak ke JPN.. baru puas hati sendiri ....

Anonymous said...

Memang ramai...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails