Saturday, May 29, 2010

Pamer Pelacur 1/2 Bogel Macam Jual Pakaian

TAHAN...pelacur warga China yang ditahan, pagi semalam.
Pelacur warga China yang ditahan, pagi semalam.

pix_topright
Kegiatan licik pemilik terbabit terbongkar apabila pusat itu yang beroperasi di Sri Damansara di sini, diserbu awal pagi semalam.

PJ MEI 2010: Sebuah pusat spa dikesan mempamerkan gadis bertubuh montok yang hanya berseluar dalam dan bercoli bagi memikat pelanggan berkunjung dan melanggan gadis terbabit untuk memuaskan nafsu di dalam bilik yang disediakan.

Serbuan dijalankan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi gelap dan Perjudian (D7) Bukit Aman itu menahan 12 wanita warga China berusia 20 tahun hingga 25 tahun dipercayai pelacur.

Dua lelaki tempatan berusia 32 tahun dan 37 tahun dipercayai pengurus dan kapten spa terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut. Jurucakap polis berkata, hasil pemeriksaan, dua daripada wanita terbabit tidak memiliki dokumen pengenalan diri manakala selebihnya memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Katanya, spa di tingkat tiga bangunan kedai itu dipercayai beroperasi sejak dua tahun lalu dikesan berselindung di sebalik perniagaan hotel. Beliau berkata, dalam operasi berkenaan, polis turut menemui beberapa peket kecil serbuk dadah dipercayai syabu digunakan wanita terbabit.

“Spa yang terletak dalam sebuah hotel itu tidak mempunyai lesen, malah menawarkan khidmat seks lima bintang kepada pengunjung hotel di situ.

“Pengunjung yang menginap di hotel berkenaan boleh menempah wanita di spa terbabit manakala pengunjung spa hanya perlu membayar RM208 bagi mendapatkan khidmat seks di 10 bilik yang disediakan,” katanya.

Jurucakap polis berkata, semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi tindakan selanjutnya.(AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Pamer pelacur separuh bogel dalam bilik, macam jual pakaian dalam negara yang kononnya negara Islam sudah dua tahun, sekarang baru tahu? Profesional ke polis kita?

3 comments:

Anonymous said...

Bila rasuah membelit negara, undang2 hanya permainan...

Anonymous said...

Ha..itu biasa, zaman K.L. hari ini. Pelacur bogel berjalan dilorong gelap selepas pukul 2pagi untuk jual tubuh.

Anonymous said...

Tak hairan, Dulu pelacur sorak dalam bilik. Sekarang berani berbogel depan orang ramai untuk dipilih. Macam jual daging ayam dipasar malam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails