Friday, May 07, 2010

Piala Dunia: Islam UMNO, Ada Judi Halal, Ada Judi Haram.

SUKAN

MEI 06, 10: KERAJAAN mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini. Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram. Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya (Sumber Bernama)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Rupanya dalam Islam UMNO, ada judi halal ada judi haram..

7 comments:

Anonymous said...

DAH JELAS!!!!!!!!
UMNO memang dah sesak.
Mereka mahu RM1 bilion.
Ini untuk kempen pilihanraya 2011.
Ini jugak peluang nak bayar hutang pada Ananda Krishnan dan Vincent Tan selepas kempen pilihanraya kecik yang terlalu banyak buat BN.

Anonymous said...

bagi alasan pasal kongsi gelap...

polis duk buat apa weh??? gaji naik tak reti nak buat kerja ke???

Anonymous said...

Bila kita pilih orang BN jadi ahli parlimen kita....apa yg mereka lakukan kita tanggung juga DOSA MEREKA KERANA MENGHALALKAN JUDI.

UMNO, Shame on you.

Anonymous said...

apa komen ss tuan mufti harussani kita.

yassir said...

Maksiat!!!!! Negara Islam Malaysia Luluskan Lesen Judi

yassir said...

Maksiat!!!!! Negara Islam Malaysia Luluskan Lesen Judi

Unknown said...

SUBHANALLAH...MAHA SUCI ALLAH...semoga engkau ampunkan dosa makhluk2 jahanam itu ya ALLAH..sesungguhnya mereka2 adalah musuh islam yg lbih hina drpd yahudi..dlm diam2 mereka menerapkn ideologi mereka untuk menhancurkn kesucian islam..lindungilah kami dr permainan iblis2 yg bertopengkn manusia ini ya ALLAH...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails