KUALA LUMPUR, 3 Mei— Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai “bodoh” sambil mencabar beliau agar menggunakan masjid-masjid di Kelantan untuk tujuan berpolitik.
“Ada tak panduan yang diberikan oleh kerajaan negeri mengenainya. Kalau ada, tak payahlah ada undang-undang.
“Nak berkempen, nak baca khutbah, tak kisahlah sebab tiada halangan.
“Dia Menteri Besar, buatlah undang-undangnya sendiri dengan sesuka hati,” kata beliau selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Kelab Golf Perkhidmatan Awan hari ini.
Malahan, beliau mendakwa sesiapa yang mempertikaikan isu ini seperti Nik Aziz merupakan perbuatan tidak menghormati Sultan Selangor.
“Jangan nak bawa perangai atau stail orang Kelantan datang ke Selangor.
“Kita ada undang-undang sendiri, ada Sultan sendiri... jadi perbuatan PAS seperti tidak menghormati Sultan,” kata beliau sambil menambah, sebagai orang Melayu tidak menghormati Sultan Selangor.
Noh berkata tindakan Nik Aziz adalah tidak menghormati undang-undang negeri lain.
“Dia tolak politik sebagai ‘bodoh’, dia dua kali ganda lebih bodoh sebab dia Menteri Besar. Andai kata Sultan Kelantan mengeluarkan peraturan sedemikian, adakah dia (Nik Aziz) akan patuh atau tidak?
“Kalau tak suka, pergi ke negeri yang rasa masjid boleh jadi tempat politik, dipersilakan. Usah datang ke Selangor. Jangan nak hina undang-undang orang Selangor,” kata beliau.
Khamis lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin menjelaskan baginda melarang masjid digunakan sebagai pentas politik demi menjaga kesucian dan kehormanian tempat beribadat.
Nik Aziz dilaporkan berkata beliau menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, sekiranya Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hendak datang nak berceramah dalam masjid, datanglah berceramah.
“Orang Islam di Selangor faham agama. Kalau Nik Aziz tidak datang ceramah di Selangor, pegangan Islam orang Selangor tak kurang hebat juga darinya.
“Kita juga ada ulama-ulama kita sendiri.
“Janganlah ingat Nik Aziz saja yang beragama hebat sebab janggutnya lebih panjang dari ulama Selangor.
“Kalau nak politik, politiklah, jangan nak menghina undang-undang orang,” katanya. (Disalin sepenuhnya dari The Malaysian Insider).
bukan senyum kambing tapi otak kambing..
cakap macam tahi kambing jatuh.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah selamat, bila Noh Omar tidak kata 'politik tidak terpisah dengan agama'. Fahaman begitu salah, tidak Islamik dan sesat. Kerana itu kata penjajah, bukan kata Islam.
Jadi memang digalakkan cakap Islam (yang ada politik di dalamnya) dalam masjid atau di mana-mana sahaja, yang juga termasuk ibadah. Itulah budaya Islam, bukan budaya orang Kelantan sahaja.
Sepatutnya Noh Omar kena bantah larangan orang yang tidak perkatakan Islam sepenuhnya di (termasuk politik Islam, bukan politik asobiah sesat) dalam masjid, walaupun ianya larangan dari Sultan. Kerana Sultan juga makhluk Allah dan perlu di'islah'kan. Undang-undang Allah tidak boleh dibantah, tetapi 'undang-undang orang' yang bertentangan dengan undang Allah perlu dibetulkan.
Mungkin yang dilarang Sultan Selangor ialah politik kumpulan asobiah kotor yang digambarkan sebagai 'melarang masjid digunakan sebagai pentas politik'. Sepatutnya kita bersyukur, kerana dalam negara ini masih ada ulamak yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan tanpa batasan negeri, walaupun bunyinya agak pahit berdengong. Bukan ulama 'ketam tumpul' seperti dilebelkan Nabi 'syaitan bisu', yang akan dihukumkan Allah ke atas seluruh negara kerana kebisuan mereka seperti janji Allah SWT. Wallahu Aklam. (2MA)
Lihat sebelum ini..
3 comments:
ingat amaran anak umaq tu tgna....., jangan bawa perangai dn stail kelantan kalau nak ke negeri orang! jadi lepas ni kalau nak ke selangor,serban kena tinggalkan kat dlm kapalterbang, bawa duit 6.5 kilo, ke melaka kena pakai seluar pendek bawa kondom 3peket jangan lupa janggut tu kene potong, ke perak bwa guni, kepahang bawa kapak kecik ke johor? ke kedah? ke n9? keperlis? keterengganu?????? balik baru pakai serban semula.tapi anak omar jangan lupa jugak ,kalau nak kekelantan kena buang tebiat merah kuning dulu, pakai serban dan janggut kena ada....kahkahkahkah tak boleh bayangkan anak umaq berjanggut dan berserban!!!!
mereka tu dalam ic je islam...
perangai dan otaknya yahudi laknat
Bangang betul noh omar ni.. Sultan titah macam tu sebab umno baca yasin dalam masjid untuk mic menang.. Nasib baik orang selangor dapat sultan yang prihatin tentang agama.. nak harap ulama umno (ade ke?) .... paham2 je la..
Post a Comment