Sunday, May 23, 2010

Remaja Keliling Dunia, Kalau Dia Muslimah, Bagaimana?


Jessica Watson,16, melambaikan tangan setelah melepasi garis penamat di Pelabuhan Sydney, Australia, sekali gus menempa nama sebagai pelayar paling muda yang berjaya mengelilingi dunia secara solo. - Foto AP

Jessica Watson dan perahu layarnya 'Ella's Pink Lady'. - Foto AFP

Sabtu Mei 15, 2010: Remaja Australia Selamat Belayar Keliling Dunia Secara Solo

SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun dari Queensland, Jessica Watson, hari ini selamat tiba di garis penamat pelayarannya mengelilingi dunia secara solo setelah 210 hari meredah samudera.

Watson belayar melepasi Sydney Heads di sini pada pukul 1.55 tengah hari untuk muncul sebagai individu paling muda berjaya belayar mengelilingi dunia secara solo tanpa henti dan tanpa bantuan daripada sesiapa.Ibunya yang hanya dikenali sebagai Julie, menitiskan air mata apabila Watson belayar melepasi garis penamat itu.

Orang ramai yang menunggu di pelabuhan pula bertepuk gembira apabila hon dibunyikan sebagai tanda berakhirnya pelayaran Watson sejauh 23,000 batu nautika (kira-kira 38,000km).

Sejurus menamatkan pelayarannya, para pegawai kastam memeriksa bot yang dinaiki Watson dan mengecop pasportnya sebelum mengiringi remaja luar biasa itu berjalan di hamparan permaidani untuk naik ke pentas bagi menemui Perdana Menteri Australia Kevin Rudd dan Perdana Menteri Negeri New South Wales Kristina Keneally.

"Mungkin kaki kamu agak menggeletar ketika ini, tapi bagi semua rakyat Australia, kamu adalah serikandi terbaru mereka," kata Rudd.

Bagaimanapun, semasa berucap kepada hadirin, Watson menolak gelaran itu dan menganggap kejayaannya bukan sesuatu yang luar biasa.

"Saya tidak menganggap diri saya sebagai seorang serikandi. Saya hanyalah gadis biasa yang percaya pada kekuatan impian.

"Anda tidak perlu menjadi manusia istimewa untuk mencapai sesuatu yang mengagumkan. Anda hanya perlu ada kemahuan," katanya.

Watson berkata impiannya selepas ini ialah untuk memiliki lesen memandu.- BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bagaimana kalau pelayar itu seorang remaja Islam yang taat kepada agamanya? Atau seorang Muslimah? Mampukah ia membawa mesej untuk memperkenal dan menyebarkan Islam melalui aktivitinya? Apa dan bagaimana supaya sesuai dengan kehendak agama? Maaf, tidak salah kalau kita cuba fikir-fikir dulu..

Antara lain siri Jom Kreatif...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails