Rita berbincang sesuatu dengan Aidil Zafuan di luar bangunan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam.
KL Mei7 10 - Pelakon Rita Rudaini dan suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan masing-masing didenda RM500 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam setelah mengaku berkahwin di luar kariah dua tahun lalu.
Pasangan itu bakal berdepan hukuman penjara 15 hari jika gagal membayar denda berkenaan.
Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin menjatuhkan hukuman tersebut mengikut Seksyen 40 (2) Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 selepas pasangan itu bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di wilayah Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Begitulah Malaysia, mengaku berkahwin di Luar Negara didenda, bersekedudukan tanpa nikah diluar dan di dalam negara tiada undang-undang denda..
3 comments:
Sama seperti negara sekular Perancis la tu... kahwin poligami xboleh... simpan perempuan boleh!
Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zin menjatuhkan hukuman tersebut mengikut Seksyen 40 (2) Akta Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 selepas pasangan itu bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di wilayah Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008.
Pelakon Rita Rudaini dan suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan masing-masing didenda RM500 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam setelah mengaku berkahwin di luar kariah dua tahun lalu.
Post a Comment